Jalan-jalan Kenanga Wholesale City (KWC)

Sunday 8 December 2013

Assalamualaikum =)

Hujung minggu ni aku menghabiskan masa dengan Yana dan Tini. Malam tadi aku dan Yana stay kat rumah sewa Tini di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Seronok sangat dapat masak sama-sama, tengok tv sama-sama... Pastu lena sambil pillow talk... Hahaha... Borak-borak, pastu semuanya senyap. Dah lena la tu... Itulah kami =)

Pagi tadi, awal-awal pagi lagi kami keluar ke KL. Sebenarnya takde la awal sangat, dalam pukul 9 lebih.  Dari rumah Tini, kami ambil LRT di Bandar Tasik Selatan. Destinasi pertama ialah Puduraya untuk beli tiket bas ke Sungai Petani Jumaat nanti. Wahhhh excitednya nak ke Langkawi Sabtu nanti... Langkawi wait for us yer... Just can't wait. Weather, please be nice to us at the time okay =) Selepas beli tiket, kami pusing-pusing di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Tapi takde beli pape pun sebabnya kedai-kedai kat situ baru je nak buka. 

Then, kami menuju ke destinasi utama kami iaitu KWC. Dari Stesen LRT Plaza Rakyat, kami ambik LRT ke Hang Tuah. Dari stesen LRT Hang Tuah, kami berjalan lebih kurang 500 meter untuk ke KWC. Besarnya bangunan KWC ni. KWC terletak di Jalan Gelugur, Kuala Lumpur dan merupakan sebuah one-stop fashion wholesale yang wajib anda kunjungi. Macam-macam barangan dijual di sini, baju, kasut, beg, aksesori dan macam-macam lagi. Memang rambang mata la tengok barang-barang kat sini dan kebanyakan fashion juga hampir sama. Cumanya, kita hendaklah pandai memilih untuk mendapatkan barang yang dikehendaki dengan harga yang berpatutan. Sebelum membeli, eloklah kita memilih dan membandingkan harga dan tidak terus membeli membuta tuli. Jadilah pengguna yang bijak... Hihihi

Pusing-pusing di KWC, aku telah membeli sepasang kasut Crocs dan seutas jam tangan ICE warna merah =) Itu sahaja hasil shopping untuk hari ini. Mungkin sebab rambang mata, tak tau nak beli apa. Hihihi...

Oklah uols, sampai sini je untuk harini. Have a nice day all (^________^)

3 comments:

Unknown said...

lain kali kte p jalan tar pulak erk... haha

hartiniyahya said...

haha... jln skjp pun dh nk tercabut kaki

Unknown said...

orait....boleh aja ke jalan tar...lagi best...lagi rambang mata..hihihii