Our Journey

Saturday 20 October 2018

Lamanya ciknor tak update blog... hihihi... kekangan masa dan kemalasan. sebabnya, ketandusan idea.
Petang ni rasa nak throwback my journey with my other half. Ada yang nak baca ke??? Kalau takde orang nak baca pun, ciknor nk cite jugak. takde la citer details, cite ringkas je :)
Pada 19 November 2017, kami berjumpa buat kali pertama. Masa tu ciknor dan sepupu nak g makan gulai kat Jalan Kebun, Klang. Mr F datang umah sepupu ciknor. Siap bawak buah cempedak u :) Adakah ini dinamakan cinta buah cempedak? ekekeke
Mr F bawa ciknor jumpa keluarga dia pada 29 Disember 2017. Terkejut bakal mak mertua bila anak lelaki dia bawak balik calon menantu. ciknor pulak nervous weh. Sebab masa tu, tak ready lagi. Spontan je kejadian tu. Masa tu pulak adik beradik Mr F mostly ada. Ciknor apa lagi, terpaksa la control ayu dan anggun. Ngeh ngeh ngeh...
Mr F jumpa keluarga ciknor kali pertama pada  31 Disember 2017. Sangat gentleman tau Mr F. Terus bagitau family ciknor yang dia nak memperisterikan ciknor. Im so touched la bila family bagitau lepas Mr F balik tu.
Our first step untuk bina masjid ialah pada 17 Februari 2018 apabila family Mr F menghantar rombongan meminang ke teratak kecil family ciknor. Majlis ringkas berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan Allah.
Dan pada pukul 9.45 malam 8 Zulhijjah 1439 H, ciknor telah selamat menjadi isteri kepada Mr F. Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan kami.
And that Mr F is u, FAOUZAN BIN NAWI. Terima kasih Allah untuk jodoh ini. Terima kasih Allah hadirkan lelaki istimewa ini dalam hidupku. Semoga jodoh ini membawa ke syurga.
semoga ikatan ini membawa ke syurga. InsyaAllah =)

Kepada kawan² ciknor yang masih belum bertemu jodoh, usahlah kalian gundah. InsyaAllah, bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seorang lelaki yang bergelar suami. Ciknor juga doakan semoga urusan rezeki jodoh kawan² ciknor dipermudahkan. Semoga kalian dikurniakan lelaki yang terbaik untuk kalian. For the time being, just enjoy your life. Jangan stress fikirkan bila jodoh akan sampai. Kerana, sesuatu yang terbaik untuk kita, akan hadir tanpa diduga. Kerana Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita. Jadi, jangan putus berdoa kepadaNya. Yang penting, sentiasa bersangka baik dengan Allah.