PCD ke Melaka

Saturday, 2 November 2013

Hai uols =)

Harini cuti, so boleh la aku update blog, sambil mengasah bakat menulis. Tapi, ada bakat ke? Hahaha

Ahad lepas, 27 Oktober 2013, aku dan geng PCD buat rombongan Cik Kiah ke Melaka. Dah lama dah tak jalan-jalan PCD. Tapi tak semua geng PCD yang dapat join. Hanya aku, Tini, Rosie, Jun dan Perez je yang ke Melaka. Tapi papepun, kami really enjoyed the vacation =) Kalau semua dapat join, lagi seronok kot sebab ada yang dah ada anak. Mesti meriah bila ada kanak-kanak. 

Malam tu, Tini cakap ktorang kena gerak awal ke Melaka sebab perjalanan ambik masa lebih kurang dua jam. Tini plan pkul 7 dah gerak dari UPM. Rosie dah mengeluh sebab awal sangat tu nk gerak pkul 7. Hahaha... Tapi aku faham maksud Tini tu, cakap jer pukul 7 gerak, tapi confirm pukul 8 lebih jugak tu baru gerak.

Al-kisah di pagi hari......

Malam tu aku dengan ktorang tido kat bilik Rosie d UPM. Aku dengan Tini share katil, sebabnya kami boleh la dikategorikan sebagai kecik. So, boleh la share katil single tu. Rosie, Perez dan Jun tido kat bawah beralaskan toto. Pagi esoknya tu aku terjaga bila Tini bangun. Aku ambik handphone sebab naktengok dah pukul brape.

"Baru pkul 5.12, Tini," kataku sambil menggosok-gosok mata yang mengantuk.
"Aku nak cas handphone la," jawabnya Tini.

Rosie yang masih mamai terdengar perbualan kami, tapi tahan gelak sebab mengantuk. Nampak sangat la aku pun tak sanggup nak bangun awal macam tu... Hahaha

Lebih kurang pkul 6.30, ktorang bangun solat Subuh dan bersiap-siap. Tapi macam-macam la plak hal. Masa dah nak gerak tu, baru la teringat bateri kamera tak cas lagi. Kami rela tunggu cas bateri kamera dulu. Al-maklumla, nak pose punya pasal. Kalau nak tau, ktorang ni memang giler bergambar bila berjumpa. Hahaha...

Lebih kurang pukul 9 pagi ktorang pun bergerak ke Melaka. Dalam pukul 10.30 sampai la ke rumah Tini. Tini la orang yang paling bahagia sebab dapat jumpa suami tersayang. ekekeke =)

Pastu ktorang cari kedai makan dulu untuk breakfast bagi tambah tenaga nak jalan-jalan. Aduhai susah betul nak cari kedai makan kat Melaka hari Ahad sebab banyak kedai yang tutup. Kenyang isi perut, bermulalah perjalanan ktorang.

Jom, jenjalan Melaka
Rombongan Cik Kiah bergerak dari UPM
Pose jap =)  
Welcome to Melaka Bandaraya Bersejarah
Pose duluuuuuuuuuuuuu!!!!!
Bincang nak ke mana
Mulakan langkah dengan bismillahirrahmanirrahim
Muzium Samudera
Balai Seni Lukis Melaka
Kereta api Sungai Lukut
Tourist dari China mintak bergambar~mode rasa macam duta Malaysia
Depan Kota A Famosa
A Famosa bermaksud yang termasyhur dalam bahasa Portugis

Pose berselerak... Haha





Menghabiskan masa sambil tunggu hujan reda

Tapi haritu tak dapat nak jalan-jalan sangat sebab hujan lebat. Lebih kurang sejam lebih ktorang terperangkap dalam memorial kat Kota A Famosa tu. Petir pun kuat gak, Tu yang tak berani nak jalan tu. Bila hujan dah reda dan petir pun dah takde, Fakri, suami Tini datang. Dia jadi pemandu pelancong ktorang. Bawak ktorang g minum coconut shake di Klebang. Tempat tu famous dengan coconut shake. Thanks Tini dan Fakhri belanja ktorang coconut shake =)

Sedikit info tentang Melaka Bandaraya Bersejarah :  Melaka berhasrat menjadi Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.


BERCUTI TERAPI TEKANAN


5 comments:

Lianamunyati Rusli said...

Ok. Jeles! Haha

hartiniyahya said...

baru dpt baca ni... seronok la dpt jenjalan ngan kengkawan... lenkali g time xhujan, dpt g byk tmpt... kn g hari weekday la baru xsesak..

ain ismail said...

cik yana jgn jeles yer...nti u kan dah keja kat sini..kita blh spend time together2...hihihi

ain ismail said...

next time g lagi yer...rombongan cik kiah yang kedua...lalala

hartiniyahya said...

JOM JENJALAN LG... KITA STAY HOTEL PLAK, LEH JENJALAN MLM NAIK RIVER CRUISE... KT KLEBANG PUN MCM DH NK SIAP RESTORAN DLM BAS TU.. HUHU..DLM PROSES, MCM BES JE MKN DLM RESTORAN BAS...