my 3 days off

Sunday 3 May 2015

Hai viewers :)

Apa aktiviti korang sempena cuti hari pekerja yang bersambung dengan cuti wesak? Mesti ramai yang ambik kesempatan balik kampung kan? I pun plannya nak balik kampung gak, tapi tak dapat sebab ada urusan kerja. InsyaAllah, kalu takde aral melintang, hujung bulan ni nak balik kampung. Rindu family...

Ni nak cite aktiviti sepanjang cuti tiga hari ni. Orang lain cuti empat hari tapi i tiga hari je sebab ofis tak amik cuti hari wesak. Kesiankan i :(

Pada pagi jumaat 1 Mei, i g Puchong jumpa anak buah, muhammad aliff ashraf dan nurul syasya aqilah. Owh my, telatah dorang sangat la menghiburkan hati. Semua kegalauan hati hilang bila melayan kerenah dorang. Chacha sekarang dah boleh bercakap even tak banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. Dulu panggil abah dia babah tapi sekarang dah boleh panggil abah. Dulu boleh sebut nama dia chacha je tapi sekarang dah boleh sebut nurul syasya aqilah. Rasa macam baru je pegang dia as baby tapi sekarang dah boleh berlari-lari dan bercakap. How time flies.... Bila tengok syasya teringat kat sorang lagi baby girl yang sebaya dia. Rasa rindu pada dia. Tak pernah jumpa tapi ada rasa rindu. Mengapakah??? Owh ya, ada benda yang kelakar tentang syasya sebenarnya nak cite. Masa tu umi dia tengah pakaikan dia pampers.

"Abang nama..."

"Abang nama.."

"Muhammad..."

"Muhammad..."

"Aliff..."

"Ba...."

Hahaha....kesian abang ashraf, syasya cakap nama dia muhammad aliff ba. Mungkin sebab terikut-ikut bila umi dia ajar aliff ba ta. Macam ni la bila sel-sel otak berhubung. Cerdik kemain lagi ye syasya. Pastu kan, ashraf tengok hp i. Apabila dia tengok dalam Gallery, dia jumpa video. Kebetulan pulak dalam tu semua ada video syasya masa kecik. Ashraf apa lagi, jeles la. Siap buat muka sedih pulak dia. Saje la tu mintak ciknor pujuk. As usual la, bila ashraf merajuk ciknor kena pujuk. Pastu setiap kali ciknor nak balik mesti akan ada drama. Ayat yang biasa ashraf guna, ciknor tak payah la balik, ciknor duduk sini, ciknor tido sini, ciknor tak payah g keja. Semua tu ayat tak bagi ciknor balik. Sambil peluk ciknor tak bagi balik. Sementara ciknor takde suami takde anak ni boleh la ciknor manjakan abang. Hihihi... Setiap kali balik dari jumpa dorang mula la rasa rindu. Rindu dengan keletah dorang yang saaaaaaangat mencuit hati. Ciknor sayang kamu berdua. Muahhhhh ciked =)


muhammad aliff ashraf & nurul syasya aqilah ~ kesayangan ciknor

Semalam, 2 Mei i g kenduri kawen classmate masa form 4 and form 5 dulu. After 12 years tak jumpa dengan tengku anis amalina binti tengku hamzah aka bunih, semalam jumpa kat majlis kenduri kawen dia. Berseri-seri pengantin. Bunih, aku doakan ko n suami bahagia hingga jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aminnn... Lepas snap photo dengan pengantin, i dengan yana menjamu selera. Tengah relakskan perut selepas makan tu, i nampak mohd farhan bin zurime, ex-classmate gak. Pehe datang dengan isteri dan baby dia. Bambamnya baby dia. Nama airis rafanda, two months plus, 6 kgs. Wife dia pun friendly. First time jumpa wife pehe, tapi peramah sangat. Boleh la masuk, orang kelate kata. Hihihi... Sementara tunggu umi dan papa airis makan, ciknor jadi babysitter airis. Selesa sangat kot ciknor riba dia, siap tido. Nak balik tu baru la airis jaga.  Tapi kan, airis ni pandai tau. Bila tengok je handphone, terus dia pandang. Tau-tau je orang nak snap pic dia. Budak-budak zaman sekarang dengan gajet berpisah tiada =)


selamat pengantin baru bunih & fairus ~ semoga saling berpimpin tangan ke syurga

ciknorismanis & airis rafanda bambam

hai world ~ my name is airis rafanda binti mohd farhan
Harini plak, 3 Mei pagi-pagi lagi dah guna khidmat bantuan cikyana dan enciknavi untuk cari alamat ofis baru. Start rabu ni,i kena g ofis baru =( Sakit hati plak dengan enciknavi ni. Entah pape bagi direction,pusing-pusing tempat sama je. Tak jumpa gak tempatnya. Pusing-pusing kat situ, alhamdulillah la jumpa jugak akhirnya =) Tu pun sebab ikut route sendiri. Malas nak layan enciknavi senget tu. Huhhhhh..... Dah jumpa tempat tu, i dengan yana proceed ke The Mines. Bowling time. Masa untuk membaling kenangan di lane bowling. Ada ke macam tu? hahaha What ever!!!! Dah habis membaling tu, buka stokin nak buka kasut. Raba-raba kat kaki rasa something missing. Dengan penuh rasa gabra sambil mata melilau kat lane bowling, i bagitau yana gelang kaki hilang. Debar-debar dah ni. Tapi yana relaks je i tengok. i ulang lagi bagitau dia gelang kaki hilang. Pastu yana cakap, tu ada tu gelang kaki. Ok fine, i salah kaki. Pakai gelang kat kaki kiri, tapi masa raba kaki tu, kaki kanan. Owh noraini, u dah kenapa loklak macam tu. Haiyaaa.... itulah akibatnya bila fikiran menerawang entah ke mana. Lepas main bowling tu, kami window shopping and shopping sket. Dah selesai shopping, g makan and rehatkan kaki jap. Lepas tu decide nak balik. Masa jalan-jalan nak g car parked tu, i tanya tiket parking kat yana sebab tadi bagi dia resit parking tu. Cari-cari tak jumpa. Alamak, kat mana plak resit parking ni. Aduiiiyaaaa... G kat keta, tengok kat keta kot-kot tak terambik tadi. Tapi takde. Both of us try to relax and calm. Cari slowly dan selongkor semua barang dalam handbag. Tapi still tak jumpa. So, we all decide untuk cari customer service sebab nak tanya macam mana prosedur kalu ticket parking hilang. Kena denda RM20 sebab hilangkan tiket tu. Siap kena isi borang declared tiket tu hilang. Macam tu sekali prosedurnya. Adehhh sampai sekarang dok fikir macam mana tiket tu boleh hilang. Takde rezeki la kot. Dugaaannnn....

The Mines Bowl Centre
Lets rock the bowl
Makin ke kiri ~ tiupan angin kot... ngeh2

Filled in lost ticket declaration form
dah siap isi dan kena fine RM20

Ok lah, dah ketandusan kekeringan idea dah. Harini hari KEHILANGAN =( 

Have a nice day and good day ahead. Saya sayang kamu =) Macam takde kaitan plak tagline ni. Hihihi

No worries dengan kehilangan sebab tu semua pinjaman je dari Allah SWT. Wanita Islam Wanita yang Kuat (^_^)

Mari Belajar Sejarah

Sunday 22 March 2015



Hai uols…

Harini iols nak update tentang mata pelajaran Sejarah la pulak… Hihihi… Tapi jangan salah faham ye. Iols bukan cikgu tau. Iols Cuma editor kat sebuah private company je.

Harini iols nak share sedikit info tentang soalan dalam bab Kemunculan Tamadun Awal Manusia.

Soalan :
Kemunculan tamadun Hwang Ho dibuktikan dengan jumpaan tengkoran homo sapien.

(a)   Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang.
[8 markah]
F1  Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja
F2  Pengganti raja selalunya dilantik daripada saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja
F3  Raja berkuasa ke atas pusat pentadbiran serta mempunyai kewibawaan politik, ekonomi dan sosial
F4  Kuasa raja adalah mandat daripada Tuhan
F5  Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
F6  Raja berasal daripada keturunan pemerintah agama
F7  Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
F8  Golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah
F9 Golongan bertanggungjawab mewujudkan sistem pemerintahan sendiri

(b)   Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang berikut.
(i)     Politik
[3 markah]
      F1   Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga zaman Dinasti Ching
      F2   Gelaran raja ditukarkan kepada maharaja
      F3   Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti di China hingga abad ke-20
     
(ii)   Ekonomi
[3 markah]
      F1      Pemimpin prihatin terhadap pembangunan pertanian
      F2      Pembinaan terusan
      H2a   Mengairi kawasan pertanian
      H2b   Mengelakkan banjir
      F3     Kemajuan teknologi pembajakan
      F4     Penciptaan cangkul dan sabit
      F5     Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
      F6     Menggantikan alat pertanian yang diperbuat daripada kayu dengan alatan yang diperbuat daripada besi

(c)    Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri ketamadunan masyarakat awal dalam tamadun Hwang Ho yang masih diaplikasikan oleh masyarakat harini ini?
[6 markah]
F1  Sistem tulisan digunakan oleh orang Cina hingga ke hari ini
F2  Penyembahan roh nenek moyang
F3  Orang Cina percaya pada alam semesta
F4  Sistem kalendar
F5  Falsafah Taoisme
F6  Pengamalan falsafah Perang Sun Tzu

Semoga sedikit info ni dapat membantu uols yang nak menghadapi SPM nanti yer :)

All the best adik2 yer (^_^)


santai di rumah

Wednesday 11 March 2015

Hai viewers :)

Harini aku bersantai di rumah je. Dari petang semalam kepala ni menyucuk-nyucuk je rasa. Nak kata sebab stress tak kot sebab minggu ni keja relaks je walaupun ada dua tiga projek datelinenya minggu ni.

Pagi tadi g Klinik Penawar. Doktor yang bertugas harini namanya Doktor Siti. Sweet je Doktor Siti dengan muka putih berseri-seri. Penangan ibu mengandung kot. Even tadi rasa tak larat nk drive sebab sakit sangat kepala bila bergerak tapi tawakal je la sebab takde orang boleh bawak gi klinik. Sambil drive sambil pegang kepala. Jalan kejap berhenti sebab kepala rasa sakit sangat. Bila time sakit macam ni mula la nak nangis. Kan best kalu ma ada time sakit. Ma boleh jaga boleh mintak ma tolong picit-picit kepala. Uwaaa rindu kat ma :(

Tadi masa jumpa Doktor Siti tanya sekarang banyak keja ke. So ku jawab je la boleh tahan la banyaknya. Okeyyy sebenarnya doktor nak bagitau aku stress keja la tu. Kalu macm tu conclusion doktor aku memang tak setuju sebab minggu ni keja relaks je. Tak stress pun. 

Aku try tanya sorang kawan nurse. Dia cakap kemungkinan migrain ataupun heat stroke. Mungkin sebab cuaca sekarang ni tak menentu. Kejap panas terik kejap hujan.

Balik dari klinik tadi makan ubat terus tido. Giler lama tido, dari pkul 10 pagi hingga 1 petang. Rehat katanya hahaha. Alhamdulillah petang ni rasa ok sket walaupun belum recover sepenuhnya.

Hasil jumpa doktor

Get well soon for myself

Kisah Seminggu yang Lalu

Saturday 28 February 2015

Hai hai haiii semua =)


Lama dah tak update blog. Mungkin lepas ni rajin sikit nak udate blog sebab dah ada tab. Pinjam adik punya hihihi. Terima kasih Pokmat yang baik hati =)

Hari Rabu lepas aku balik kampung sempena cuti Chinese New Year. Cuti lima hari tapi dua hari dah tolak untuk perjalanan balik dan kembali ke Serdang.

Kami bertolak dari Puchong pada pukul 5 pagi dan selamat sampai di Kampung Jal pada pukul 1 tengah hari. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan takde pape yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.

Ciknor dan Pokmat ~ on the way balik kampung

Hari pertama kat kampung ma ajak g umah makcik kat Kuala Krai. Sedihnya rasa bila makcik bercerita tentang bah kuning yang melanda Kelantan bulan Disember 2014. Sungguh kuat mereka yang diuji dengan musibah banjir. Tengok kepada keadaan sekitar aku tak sanggup nak bayangkan apa yang telah mereka lalui. Sesungguhnya mereka yang dilanda musibah banjir tu adalah insan terpilih. Allah uji mereka kerana Allah sayangkan mereka.

Pada hari Jumaat 22 Februari aku kuar jalan2 dengan Wani di KBmall. Dah lebih dua tahun tak g KBmall. Seronok jumpa Wani sebab dapat jumpa dengan anak-anak wani. Suri Shafina yang comey lotey rasa nak gegettt dan Saif Shaheem yang super duper peramah. Shaheem kini sangat petah kecek Kelate n super duper friendly kalu nak dibandingkan dengan perangai pemalunya masa Wani sekeluarga datang beraya di rumah tahun lepas. Sekarang ni friendly yang amat. Nasib baik la dah biasa melayan Muhammad Aliff Ashraf yang suka bersoal jawab dengan Ciknor. So tak kekok sangat nak melayan Shaheem. Hihihi... Kejap je jumpa Wani. Tak puas rasanya. Tapi takpe balik lain kali boleh jumpa lagi. InsyaAllah kalau panjang umur.

Ciknor, suri shafina yang comey lotey, saif shaheem yang super friendly and my kindest bff puan alwani amalini
ciknor dan suri shafina

Balik dari jumpa Wani aku jumpa Pokteh di D'Klasik Wakaf Che Yeh. Kebetulan plak sedondon haritu dengan Pokteh. Bila duduk borak2 rasa kekok plak. Mungkin sebab dah lama tak jumpa so aku rasa segan dengan Pokteh. Hahaha... Sebelum balik Pokteh bagi bantal strawberi dan tiga keychain. Aku suka kumpul keychain. Hihihi... Pokteh taktau aku juga suka bila orang bagi bantal. Hihihi.. Aku ada empat bantal yang BFF bagi as birthday present. Dorang ni memang menggalakkan aku tido.

strawberi n keychains pokteh bagi ~ makin lena la tido =)
Balik je rumah lepas jumpa Pokteh, Ashraf ajak g mancing kat tali air depan rumah. Ciknor dan Pokmat temankan Ashraf. Tapi Ciknor jadi photographer je. Ashraf dan Pokmat je mancing. Best ambik angin petang kat tepi tali air. Angin macam tepi pantai. Sejuk dan nyaman menyegarkan... Uwaaaaa nak balik kampung lagiii...

Saujana mata memandang ~ cantikkan

Pokmat dan ashraf

Ciknor n ashraf

Last day kat kampung aku sempat g umah Dayah bff masa belajar di SMK Ketereh. Dah besar dah anaknya Akid. Seronok tengok kawan2 dah ada keluarga sendiri. I wish that i would have a chance to experience that... Sentimental plak aku ni. Hahahaha....Petang tu aku sekeluarga gi kenduri kat umah sedara. Kemain lagi request Pokmat masak tomyam untuk lunch and mi goreng untuk dinner haritu. At the end tomyam untuk lunch dah jadi dinner. Tak sempat la nak merasa mi goreng pokmat yang mendapat permintaan ramai. Tapi takpe balik next time boleh request lagi.... ngeh ngeh ngeh


Dah takde idea nk menulis maybe sebab dah lama tak update blog. Ayat pun rasa mcm ayat karangan budak sekolah.skema dan kaku je ayat. Macam takde jiwa. Hahahaha...

Have a nice day uols =)

Live your life to the fullest :)











1st post in 2015

Sunday 11 January 2015

Yuhuuuuuuu 2015 (^________________^)

Dah almost setahun ye tak update blog? Takde cerita menarik dan takde masa nak update.. Ye ke aku takde masa?

Semoga 2015 membawa lebih kebahagiaan dan kerahmatan kepada kita semua. Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik je yang akan kita peroleh. InsyaAllah.

Bila datangnya tahun baru, mesti masing-masing tanam azam baru kan? Apa azam tahun baru korang? Azam tahun baru aku masih lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya sebab masih tak tertunai lagi. Apa azam aku? Biarlah rahsia... Cewahhh... Ayat klise masa retis gitu =)

Cukup la dulu intro untuk 2015. Harap-harapnya lepas ni makin rajin la aku nak mengupdate blog. 

Before go to sleep forgive others and may others also forgive us =)

Good night uols =)