Hai uols…
Harini iols nak update tentang mata pelajaran Sejarah
la pulak… Hihihi… Tapi jangan salah faham ye. Iols bukan cikgu tau. Iols Cuma
editor kat sebuah private company je.
Harini iols nak share sedikit info tentang soalan dalam
bab Kemunculan Tamadun Awal Manusia.
Soalan :
Kemunculan tamadun Hwang Ho dibuktikan dengan jumpaan
tengkoran homo sapien.
(a) Jelaskan ciri-ciri sistem
pemerintahan Dinasti Shang.
[8 markah]
F1 Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk
pemerintahan beraja
F2 Pengganti raja selalunya
dilantik daripada saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja
F3 Raja berkuasa ke atas pusat
pentadbiran serta mempunyai kewibawaan politik, ekonomi dan sosial
F4 Kuasa raja adalah mandat
daripada Tuhan
F5 Raja Shang tidak perlu
mendapatkan pengesahan politik
F6 Raja berasal daripada keturunan
pemerintah agama
F7 Raja dibantu oleh golongan
bangsawan dan pegawai kerajaan
F8 Golongan bangsawan
bertanggungjawab mentadbir wilayah
F9 Golongan bertanggungjawab mewujudkan
sistem pemerintahan sendiri
(b) Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho
dalam bidang berikut.
(i) Politik
[3 markah]
F1 Sistem
pemerintahan monarki diteruskan hingga zaman Dinasti Ching
F2 Gelaran
raja ditukarkan kepada maharaja
F3 Amalan
putaran dinasti diteruskan oleh dinasti di China hingga abad ke-20
(ii) Ekonomi
[3 markah]
F1 Pemimpin
prihatin terhadap pembangunan pertanian
F2 Pembinaan
terusan
H2a Mengairi
kawasan pertanian
H2b Mengelakkan
banjir
F3 Kemajuan
teknologi pembajakan
F4 Penciptaan
cangkul dan sabit
F5 Penggunaan
batas untuk tujuan penanaman
F6 Menggantikan alat pertanian yang
diperbuat daripada kayu dengan alatan yang diperbuat daripada besi
(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri
ketamadunan masyarakat awal dalam tamadun Hwang Ho yang masih diaplikasikan
oleh masyarakat harini ini?
[6 markah]
F1 Sistem
tulisan digunakan oleh orang Cina hingga ke hari ini
F2 Penyembahan
roh nenek moyang
F3 Orang Cina
percaya pada alam semesta
F4 Sistem
kalendar
F5 Falsafah
Taoisme
F6 Pengamalan falsafah
Perang Sun Tzu
Semoga sedikit info ni dapat membantu uols yang nak menghadapi SPM nanti yer :)
All the best adik2 yer (^_^)
0 comments:
Post a Comment