my 3 days off

Sunday, 3 May 2015

Hai viewers :)

Apa aktiviti korang sempena cuti hari pekerja yang bersambung dengan cuti wesak? Mesti ramai yang ambik kesempatan balik kampung kan? I pun plannya nak balik kampung gak, tapi tak dapat sebab ada urusan kerja. InsyaAllah, kalu takde aral melintang, hujung bulan ni nak balik kampung. Rindu family...

Ni nak cite aktiviti sepanjang cuti tiga hari ni. Orang lain cuti empat hari tapi i tiga hari je sebab ofis tak amik cuti hari wesak. Kesiankan i :(

Pada pagi jumaat 1 Mei, i g Puchong jumpa anak buah, muhammad aliff ashraf dan nurul syasya aqilah. Owh my, telatah dorang sangat la menghiburkan hati. Semua kegalauan hati hilang bila melayan kerenah dorang. Chacha sekarang dah boleh bercakap even tak banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. Dulu panggil abah dia babah tapi sekarang dah boleh panggil abah. Dulu boleh sebut nama dia chacha je tapi sekarang dah boleh sebut nurul syasya aqilah. Rasa macam baru je pegang dia as baby tapi sekarang dah boleh berlari-lari dan bercakap. How time flies.... Bila tengok syasya teringat kat sorang lagi baby girl yang sebaya dia. Rasa rindu pada dia. Tak pernah jumpa tapi ada rasa rindu. Mengapakah??? Owh ya, ada benda yang kelakar tentang syasya sebenarnya nak cite. Masa tu umi dia tengah pakaikan dia pampers.

"Abang nama..."

"Abang nama.."

"Muhammad..."

"Muhammad..."

"Aliff..."

"Ba...."

Hahaha....kesian abang ashraf, syasya cakap nama dia muhammad aliff ba. Mungkin sebab terikut-ikut bila umi dia ajar aliff ba ta. Macam ni la bila sel-sel otak berhubung. Cerdik kemain lagi ye syasya. Pastu kan, ashraf tengok hp i. Apabila dia tengok dalam Gallery, dia jumpa video. Kebetulan pulak dalam tu semua ada video syasya masa kecik. Ashraf apa lagi, jeles la. Siap buat muka sedih pulak dia. Saje la tu mintak ciknor pujuk. As usual la, bila ashraf merajuk ciknor kena pujuk. Pastu setiap kali ciknor nak balik mesti akan ada drama. Ayat yang biasa ashraf guna, ciknor tak payah la balik, ciknor duduk sini, ciknor tido sini, ciknor tak payah g keja. Semua tu ayat tak bagi ciknor balik. Sambil peluk ciknor tak bagi balik. Sementara ciknor takde suami takde anak ni boleh la ciknor manjakan abang. Hihihi... Setiap kali balik dari jumpa dorang mula la rasa rindu. Rindu dengan keletah dorang yang saaaaaaangat mencuit hati. Ciknor sayang kamu berdua. Muahhhhh ciked =)


muhammad aliff ashraf & nurul syasya aqilah ~ kesayangan ciknor

Semalam, 2 Mei i g kenduri kawen classmate masa form 4 and form 5 dulu. After 12 years tak jumpa dengan tengku anis amalina binti tengku hamzah aka bunih, semalam jumpa kat majlis kenduri kawen dia. Berseri-seri pengantin. Bunih, aku doakan ko n suami bahagia hingga jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aminnn... Lepas snap photo dengan pengantin, i dengan yana menjamu selera. Tengah relakskan perut selepas makan tu, i nampak mohd farhan bin zurime, ex-classmate gak. Pehe datang dengan isteri dan baby dia. Bambamnya baby dia. Nama airis rafanda, two months plus, 6 kgs. Wife dia pun friendly. First time jumpa wife pehe, tapi peramah sangat. Boleh la masuk, orang kelate kata. Hihihi... Sementara tunggu umi dan papa airis makan, ciknor jadi babysitter airis. Selesa sangat kot ciknor riba dia, siap tido. Nak balik tu baru la airis jaga.  Tapi kan, airis ni pandai tau. Bila tengok je handphone, terus dia pandang. Tau-tau je orang nak snap pic dia. Budak-budak zaman sekarang dengan gajet berpisah tiada =)


selamat pengantin baru bunih & fairus ~ semoga saling berpimpin tangan ke syurga

ciknorismanis & airis rafanda bambam

hai world ~ my name is airis rafanda binti mohd farhan
Harini plak, 3 Mei pagi-pagi lagi dah guna khidmat bantuan cikyana dan enciknavi untuk cari alamat ofis baru. Start rabu ni,i kena g ofis baru =( Sakit hati plak dengan enciknavi ni. Entah pape bagi direction,pusing-pusing tempat sama je. Tak jumpa gak tempatnya. Pusing-pusing kat situ, alhamdulillah la jumpa jugak akhirnya =) Tu pun sebab ikut route sendiri. Malas nak layan enciknavi senget tu. Huhhhhh..... Dah jumpa tempat tu, i dengan yana proceed ke The Mines. Bowling time. Masa untuk membaling kenangan di lane bowling. Ada ke macam tu? hahaha What ever!!!! Dah habis membaling tu, buka stokin nak buka kasut. Raba-raba kat kaki rasa something missing. Dengan penuh rasa gabra sambil mata melilau kat lane bowling, i bagitau yana gelang kaki hilang. Debar-debar dah ni. Tapi yana relaks je i tengok. i ulang lagi bagitau dia gelang kaki hilang. Pastu yana cakap, tu ada tu gelang kaki. Ok fine, i salah kaki. Pakai gelang kat kaki kiri, tapi masa raba kaki tu, kaki kanan. Owh noraini, u dah kenapa loklak macam tu. Haiyaaa.... itulah akibatnya bila fikiran menerawang entah ke mana. Lepas main bowling tu, kami window shopping and shopping sket. Dah selesai shopping, g makan and rehatkan kaki jap. Lepas tu decide nak balik. Masa jalan-jalan nak g car parked tu, i tanya tiket parking kat yana sebab tadi bagi dia resit parking tu. Cari-cari tak jumpa. Alamak, kat mana plak resit parking ni. Aduiiiyaaaa... G kat keta, tengok kat keta kot-kot tak terambik tadi. Tapi takde. Both of us try to relax and calm. Cari slowly dan selongkor semua barang dalam handbag. Tapi still tak jumpa. So, we all decide untuk cari customer service sebab nak tanya macam mana prosedur kalu ticket parking hilang. Kena denda RM20 sebab hilangkan tiket tu. Siap kena isi borang declared tiket tu hilang. Macam tu sekali prosedurnya. Adehhh sampai sekarang dok fikir macam mana tiket tu boleh hilang. Takde rezeki la kot. Dugaaannnn....

The Mines Bowl Centre
Lets rock the bowl
Makin ke kiri ~ tiupan angin kot... ngeh2

Filled in lost ticket declaration form
dah siap isi dan kena fine RM20

Ok lah, dah ketandusan kekeringan idea dah. Harini hari KEHILANGAN =( 

Have a nice day and good day ahead. Saya sayang kamu =) Macam takde kaitan plak tagline ni. Hihihi

No worries dengan kehilangan sebab tu semua pinjaman je dari Allah SWT. Wanita Islam Wanita yang Kuat (^_^)

4 comments:

Lianamunyati Rusli said...

masuk la sekali cter tini kehilangan fairuz n fairuz keilangan tini.. hahahaha

word of the day : hilang!

sekian, terima kasih..

amal said...

hahahaha gelak guling2 baca pasal gelang kaki tu. sabarrrr jela ciknor ni hahahaha

ain ismail said...

Xde idea macam mana nak karang cerita kehilangan komunikasi antara tini n perez...bak kata tini,word of the day of pcd "HILANG"

ain ismail said...

Xbaik awok suko ko sy walaupu sy sendiri suko. Bakpo sy tebolah gitumo.hahaha