Showing posts with label Piala Malaysia 2013. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia 2013. Show all posts

TAHNIAH KELANTAN

Sunday, 6 October 2013

Hai uols

Sihatkah semuanya? Harap2 korang semua sihat-sihat la hendaknya. Kalau ada yang sakit tu, ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah menghapuskan dosa-dosa kecil kita. 

Nak cerita ni, malam tadi kan, aku rasa frust sangat sebab tak dapat tengok perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Johor DT. Tapi yang bestnya bila handphone aku meriah je sebab kengkawan yang sebelum ni tak pernah pun SMS aku bagitau pasal game Kelantan, tapi malam tadi dengan excitednya dorang SMS. Semuanya berpuas hati dengan corak permainan pemain Kelantan malam tadi. Thats my team, tidak mudah menyerah =)

Aku pulak, dengan penuh semangat kesukanan siap pakai jersi TRW lagi malam tadi. Pakai jersi je la, tapi tak dapat tengok pun perlawanan antara Kelantan dengan JDT tu. Hahaha... Giler semangat kan? Rasanya orang yang tengok game malam tadi kat tv pun takde pakai jersi macam aku...hihihi.. Katanya Pok Teh, kalau pakai jersi tu kena la tengok bola. Aduhai Pok Teh, saya bkn tak nak tengok bola, tapi umah saya takde Astro...huhu...

Papepun, syukur alhamdulillah kerana Kelantan telah berjaya membenam JDT 6-1. Dengan agregat 8-5, Kelantan layak ke peringkat separuh akhir bertemu ATM pada 19 Oktober dan 26 Oktober nanti. Doaku semoga pasukan kesayanganku ni akan dapat mara ke peringkat akhir dan seterusnya membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang lagi untuk musim ni. InsyaAllah =)

Tak dapat tengok game full, dapat tengok video jaringan gol pun jadi la.. Hihihi (^___________^)


Again, tahniah Kelantan kerana bangkit untuk perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke IV setelah ditewaskan 4-2 di Larkin minggu lepas. 

GO MORE KELANTAN GO MORE!!!!!!!!!!!!!!!

Piala Malaysia 2013 Kelantan 3 -1 Terengganu

Wednesday, 18 September 2013

Hai korang =)

Sihatkah semuanya? Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas di bumi Allah =)
Malam tadi ada game Kelantan lawan Terengganu live dalam Astro Arena. Frust gak la sebab tak dapat tengok. Kenapa tak dapat tengok? Sebabnya, umah sewa aku takde Astro. Kalau ada Astro, boleh la tengok.. Macam-macam ada (tagline iklannya). Tapi takpe la, tak dapat tengok live pun, ada orang yang tolong update. Seperti biasa, Wani dan Pok Teh yang selalu update. Million thanks to Wani dan Pok Teh sebab sudi update... Cewahhhhh... Skema la plak ayat... Hihihi

Tahniah kepada Kelantan sebab dapat kutip tiga mata berharga malam tadi. Erm, tapi ada gak desas-desus yang tak best pasal game malam tadi. Orang cakap, mutu pengadilan kureng adil... Agak ketara lebih kepada Kelantan. Walaupun aku sokong Kelantan, tapi rasa tak best la kalau mutu pengadilan berat sebelah.. Huhuhu...
Piya penjaring gol ketiga Kelantan ~ credit to Pok Teh (^__________________^)

Sebenarnya ada cerita di sebalik pic Piya ni. Haritu kan, excited sangat nak upload pic ni. Tapi bila cari-cari dalam album takde. Uwaaa... Frust giler rasa. Sedih pun ada gak. Nak menangis xberlagu rasanya bila cari-cari tapi tak jumpa. Bagitau Pok Teh pic ni hilang. Tapi katanya, relaks la. Gambar je pun... Aduhai Pok Teh, memang la hanya pic yang diedit, tapi sentimental value tu tinggi. Bukan senang orang nak edit pic khas untuk kita. Tak percaya pic ni khas untuk aku? Try zoom kat sebelah kanan bawah.. Dah percaya dah??Hihihi... Masa tu kan, tak tau nak buat macam mana dah. Aku pun SMS wani bagitau pic ni hilang. Tapi, nasib aku baik sebab wani ada save pic yang aku MMS dia. Rasa nk lompat-lompat je bila tau pic ni selamat lagi... Hahaha... Apa lagi, lepas Wani bagi pic ni, terus save dalam laptop, simkad dan pendrive. Takut hilang punya pasal =)  Pok Teh, sy jamin lepas ni pic ni takkan hilang dah (^__^)

Okeylah, back to game malam tadi...Yang paling best malam tadi, dapat SMS dari member, Yeayyyy... Kelantan menang. Confius jap, kenapa kawan aku ni excited sangat Kelantan menang sedangkan dia orang Johor. Erm, mungkin sebab dia tau aku minat kot... Hihihi... 

Gol kedua jaringan Indra Putra



Gol jaringan Piya pada minit ke-86



Kelantan 3 - 1 Terengganu



GO MORE KELATE GO MORE