TAHNIAH KELANTAN

Sunday 6 October 2013

Hai uols

Sihatkah semuanya? Harap2 korang semua sihat-sihat la hendaknya. Kalau ada yang sakit tu, ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah menghapuskan dosa-dosa kecil kita. 

Nak cerita ni, malam tadi kan, aku rasa frust sangat sebab tak dapat tengok perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Johor DT. Tapi yang bestnya bila handphone aku meriah je sebab kengkawan yang sebelum ni tak pernah pun SMS aku bagitau pasal game Kelantan, tapi malam tadi dengan excitednya dorang SMS. Semuanya berpuas hati dengan corak permainan pemain Kelantan malam tadi. Thats my team, tidak mudah menyerah =)

Aku pulak, dengan penuh semangat kesukanan siap pakai jersi TRW lagi malam tadi. Pakai jersi je la, tapi tak dapat tengok pun perlawanan antara Kelantan dengan JDT tu. Hahaha... Giler semangat kan? Rasanya orang yang tengok game malam tadi kat tv pun takde pakai jersi macam aku...hihihi.. Katanya Pok Teh, kalau pakai jersi tu kena la tengok bola. Aduhai Pok Teh, saya bkn tak nak tengok bola, tapi umah saya takde Astro...huhu...

Papepun, syukur alhamdulillah kerana Kelantan telah berjaya membenam JDT 6-1. Dengan agregat 8-5, Kelantan layak ke peringkat separuh akhir bertemu ATM pada 19 Oktober dan 26 Oktober nanti. Doaku semoga pasukan kesayanganku ni akan dapat mara ke peringkat akhir dan seterusnya membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang lagi untuk musim ni. InsyaAllah =)

Tak dapat tengok game full, dapat tengok video jaringan gol pun jadi la.. Hihihi (^___________^)


Again, tahniah Kelantan kerana bangkit untuk perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke IV setelah ditewaskan 4-2 di Larkin minggu lepas. 

GO MORE KELANTAN GO MORE!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments: