Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Open House

Saturday, 7 September 2013

Haiiiii =)

Lama dah tak update blog ni...Rasa dah macam bersawang dah... Hahaha... Erm, lately busy sikit kat ofis sebabnya sibuk study pasal Dokumen Standard Prestasi (DSP) Geografi Tingkatan 3. Nak kena study kenapa korang tanya? Of course la aku nak kena study DSP tu sebab nanti nak kena fikir soalan nak buat buku. Aiiii...dah macam cikgu cikgi dah plak rasa... Hahaha

Owh ya, minggu lepas, 31 Ogos 2013, Dina, kawan aku masa kat UPM buat openhouse kat umahnya di Bandar Baru Salak Tinggi. Oleh sebab aku ni sangat la slow bab2 jalan ni, so aku plan dengan Chan2 nk konvoi sama-sama. Mula-mula tu kami plan nak jumpa kat Alamanda Putrajaya. Kalau kat situ, aku tau la nak pergi. Tapi last minit tukar plan sebabnya Chan2 dari Cheras. So, jumpa la kat Nilai. Hah sudahhh... Macam mana aku nak pergi Nilai? Baru je sekali aku drive pergi Nilai, tu pun housemate yang tunjukkan jalan. So, aku dengan tidak berapa confidentnya gamble je la... Hahaha... Tapi takde la sampai Nilai pun. Aku tunggu je Chan2 kat Hentian Sebelah Nilai, tak confident punya pasal. Takut sesat la katakan. 

Erm, dah selamat sampai umah Dina, apa lagi, aku terus la mengisi perut yang berdondang sayang tu... Erm, sedap makanannya. Thanks to tuan rumah.. Tahun depan boleh wat openhouse lagi... hihihi... Yang paling best masa openhouse tu sebab aku dapat jumpa dengan geng aku masa kat UPM. Geng aku tu nama PCD. PCD stand for what? Biarlah jadi rahsia kami... Nanti kang tak pasal-pasal korang gelakkan kami... Hahaha

Seronok dapat jumpa dan borak-borak dengan Dina, Chan2 dan Tini. Pastu layan plak anak-anak dorang tu. Adam, anak Chan2 tu baik budaknya. Dengan semua orang dia ok je. Tapi dia sangat la aktif.. hahaha. Fateeh baby dina plak, diam je dia sebab dia baby lagi, tak boleh jalan lagi. Sebab tu kurang aktif tu. Sambil makan, sambil gosip... Hahaha... Bukan gosip apa pun, bercerita pasal perkembangan masing-masing. Dah lama tak jumpa la katakan. Ermmm.... harap-harap lepas ni dapat wat reunion PCD. InsyaAllah =)

Ok la...dah habis ayat dah aku goreng, sampaikan dah tak tau nak tulis apa lagi...lalalala

Layankan la dua keping gambar semasa openhouse haritu..

Berdiri dari kiri : Norisyangmanis, Hartini-Tinton, Dina Rani, Fateeh, Lina Chan, Adam

Tini n Noni with Fateeh yang cute =)


SAYANG KORANG SEMUA (^_____________^)

Aidilfitri 1434 H

Sunday, 18 August 2013

haiiii =)

Lama dah tak update blog ni. Almaklum la, bila dah balik kampung dah tak sempat dah nak online. Rasanya belum terlambat lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin (^____^) hihihi

Kat Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, Whatsapp semua orang update pasal raya. Mood raya la katakan =) Hihihi seronok betul beraya kan? Bila tengok kengkawan post pic kat FB, fulamakkkk bajunya, dah macam orang nak tunang or akad nikah... Hihihi... Tapi, xkisah la kan sebab dia mampu. Dah penat bekerja, tak salah rasanya kalau nak melaram pada hari lebaran, as long as tak memudaratkan dan tak menyusahkan orang lain. Yang penting, tak melanggar hukum syarak dan still menutup aurat =)


Gambar sebelum, semasa dan selepas raya

milage sebelum memulakan perjalanan
on the way balik kampung =) jem mengatasi keterujaan balik kampung
biskut coklat almond+cornflakes ~air tangan aku ni...hahaha
Dua wanita TERISTIMEWA dalam hidup aku ~sayang ma dan mek...muaaaahhhhh
my little bro n i...walaupun pic ni agak blur, nak upload gak =)
with kazen, nik nur sabrina aka arin aka kakak
menu  ~ gulai daging umbut kelapa+ayam masak merah+acar+agar2
majlis tahlil+kesyukuran 2 syawal 1434 H
makan2 sempena majlis tahlil+kesyukuran
little cutie cousins
member bagi angpau ni...i like so muaahhhh
beraya di rumah wani...shaheem yang pemalu...hahaha
nak bertolak ke kl ~macam2 ada...sarang burung + 2 ekor burung, joran....adehhhhh
otw ke key eel...sesakkkkkkkk!!!jemmmmmmm!!!!
milage after balik raya
Tu je la pic yang sempat aku snap time raya... Biasa-biasa je sambutan raya kat umah aku...hihihi.. Tapi paling tak menang tangan time raya pertama sebab ramai tetamu... Kepenatan + kecapekan yang amat... Raya kedua pun penat giler sebab majlis tahlil dan kesyukuran. But then, bila tengok semua orang gembira, semua rasa penat hilang. hihihi

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...love u all =)