Hijau Warna Syurga

Monday 29 July 2013


Assalamualaikum =)
Salam sejahtera =)

Lama dah tak update blog. Busy la konon... hihihi...

Haritu ada someone cerita pasal warna hijau, iaitu warna syurga. So,entry harini nak share pasal kehebatan warna hijau dalam al-Quran dan Islam.

Petikan dalam tafsir Quran yang menceritakan tentang warna hijau :

1   "Mereka itulah orang yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgahsana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirahat yang indah." - Surah al-Kahf : Ayat 31

2   "Mereka (ahli syurga) bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah." - Surah ar-Rahman : Ayat 76

3   "Mereka (ahli syurga) berpakaian sutera hijau yang halus dan sutera tebal serta memakai gelang yang diperbuat daripada perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci)." - Surah al-Insan : Ayat 21

Fakta menarik tentang warna hijau... lets check it out =)
1   Merupakan warna kegemaran Rasulullah SAW. Maybe lepas ni akan jadi warna kegemaran aku gak..hihihi

2  Kubah Masjid Nabawi berwarna hijau.

3  Bendera negara Libya satu-satunya bendera negara yang menggunakan hanya satu warna, iaitu hijau.

4  Melambangkan alam, kehidupan, keselamatan, belia, dan harapan.

5  Mewakili 'JALAN' atau 'GO' di lampu isyarat, isyarat kereta api, dan isyarat kapal.

6  Tanda 'KELUAR' atau 'EXIT' di kebanyakan negara berwarna hijau. Tapi ada gak negara yang gunakan kaler merah untuk papan tanda ni.

7  Green Night ViGreen digunakan untuk goggles penglihatan malam kerana mata manusia adalah yang paling sensitif dan dapat membezakan warna.

8  Merupakan warna suci orang Mesir yang mewakili harapan dan kegembiraan pada musim bunga.


Segarkan mata dan minda dengan kehijauan... Layankan je ye =) hihihi


Menyegarkan mata hati dan minda =)
Kehijauan kampung yang mendamaikan



Hijau membawa kebahagiaan dan harapan


Hijaunya bendera negara Libya =)


Hijau melambangkan perpaduan... try cari aku yang mana..ni masa 1st year kat UPM kot



Kubah Masjid Nabawi yang berwarna hijau

Hijau Bumi Tuhan by XPDC
Sekali kumemandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini
















0 comments: