Kelebihan Solat Tarawih

Thursday 11 July 2013

Assalamualaikum wbr...haiii... rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa...hihiihi


ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna


harini xtau nk cite pape sebenarnya...so, aku pun menggoogle la dan inilah hasilnya.

Firman Allah SWT Taala :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. 


KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya yang baru dilahirkan.

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa kedua-dua ibubapanya.

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala 
yang diperoleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Quran.

Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah, dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong baginda menentang musuhnya, iaitu Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Ke-11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Ke-12
Dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ke-13
Datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Malam Ke-16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ke-17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT telah reda denganmu dan dengan kedua-dua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Ke-19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke-20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

Malam Ke-21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Malam Ke-22
Akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari 
tersebut.

Malam Ke-23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam Ke-24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke-25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

Malam Ke-26
Allah SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke-27
Allah SW.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Ke-28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam Ke-29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ke-30
Allah SWT akan memberikan penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.


utk info lanjut tentang kelebihan bulan ramadan, feel free ke link berikut ye =)
http://www.islam.gov.my/e-hadith/kelebihan-bulan-ramadhan

Selamat menunaikan ibadat puasa dan semoga amalan kita diberkati oleh-Nya...aminnn 

2 comments:

Unknown said...

salam. hai cik ainni @ noris yang manis...

salam blogging dari blogger... =)

sudi2 la singgah sini... http://puterishaflynn.blogspot.com/

Unknown said...

salam manis cik L.R...cik ain akan selalu singgah kt blog cik L.R..nk belaja bout blog..hihiiho