Nasi Kerabu Pilihanku

Tuesday, 16 July 2013

hai korang

balik keja tadi, macam biasa la. aku akan pusing bazar ramadan kat taman sri serdang ni. dalam kepala ni, asyik fikir je nanti nak berbuka dengan apa. apabila dah nak habis satu round, aku ternampak la akak tu. mula-mula tak perasan pun akak tu sebab bannernya dah tukar. kalau ramadan lepas dia guna banner kak jah katering, tahun ni dia guna banner shila katering plak. tapi ownernya still the same. aku pun terus la ke tempat akak tu dan seperti biasa, aku akan beli sama ada nasi kukus atau nasi kerabu la. rasanya, semua student UPM tau kot kalau sebut nasi kukus akak tu. sejak jadi student UPM lagi aku dan members aku mmg suka nasi kukus dia. mmg superb la nasi kukus dia. tp tadi aku pilih untuk beli nasi kerabu.

hidangan sepinggan lengkap, cukup semua kelas makanan

zoom sikittttttt.... so nyummy
erm, korang tau tak apa yang membuatkan nasi kerabu ni rasa sedap?
mesti tak tau kan? sebenarnya, nasi kerabu ni rasa sedap sebab adanya budu

kalau korang makan nasi kerabu, korang kena gaul nasi dengan ulam-ulam tu semua. pastu baru boleh makan. ada kawan aku tu, dia bukan orang kelantan. kelakar bila tengok dia makan, sebabnya dia tak gaul semuanya. dia akan makan ulam tu sikit-sikit. apabila nak suap nasi, dia akan ambik ulam sikit, lauknya sikit. hihihii...bagi aku la, xde nikmat makan nasi kerabu kalau macam tu. so, next time kalau korang nak makan nasi kerabu, korang kena gaul semuanya, baru la ada umpppphhhh makan nasi kerabu. 

kepada sesiapa yang xpernah cuba nasi kerabu, lepas ni korang boleh la try. confirm akan jatuh cinta =) SELAMAT MENCUBA ye

6 comments:

Lianamunyati Rusli said...

saya la tu yg makan nasi kerabu cam makan nasi berlauk...amik sikit sayur+lauk+nasi dan suap ke mulut...hahahahahaha

tapi my mom suka makan nasi kerabu+daging bakar. yummo katanya! saya belum cuba lagi makan nasi kerabu after 1st time try masa studi dulu... hehehehe

ain ismail said...

hihihi....daging bakar pun best...tp td saje je pilih ikan celup tepung...hihii...lps ni cik yana blh la try mkn nasi kerabu gaul semuanya ye...selamat mencuba

Lianamunyati Rusli said...

ok. nak suh cik aini buat laaa... hehehe

ain ismail said...

hahaha...kalu nak suruh cik ain buat, xtau bila la tu sbb cik ain tau mkn je..hihihi

amal said...

sedaknyooooooo... nasik kerabu sabah kurang menjadi. nak buat sendiri lagilaa x menjadi hehe

ain ismail said...

nti puan amal blk kelate blh la cari nasi kerabu =)