Piala Malaysia 2013 Kelantan 3 -1 Terengganu

Wednesday 18 September 2013

Hai korang =)

Sihatkah semuanya? Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas di bumi Allah =)
Malam tadi ada game Kelantan lawan Terengganu live dalam Astro Arena. Frust gak la sebab tak dapat tengok. Kenapa tak dapat tengok? Sebabnya, umah sewa aku takde Astro. Kalau ada Astro, boleh la tengok.. Macam-macam ada (tagline iklannya). Tapi takpe la, tak dapat tengok live pun, ada orang yang tolong update. Seperti biasa, Wani dan Pok Teh yang selalu update. Million thanks to Wani dan Pok Teh sebab sudi update... Cewahhhhh... Skema la plak ayat... Hihihi

Tahniah kepada Kelantan sebab dapat kutip tiga mata berharga malam tadi. Erm, tapi ada gak desas-desus yang tak best pasal game malam tadi. Orang cakap, mutu pengadilan kureng adil... Agak ketara lebih kepada Kelantan. Walaupun aku sokong Kelantan, tapi rasa tak best la kalau mutu pengadilan berat sebelah.. Huhuhu...
Piya penjaring gol ketiga Kelantan ~ credit to Pok Teh (^__________________^)

Sebenarnya ada cerita di sebalik pic Piya ni. Haritu kan, excited sangat nak upload pic ni. Tapi bila cari-cari dalam album takde. Uwaaa... Frust giler rasa. Sedih pun ada gak. Nak menangis xberlagu rasanya bila cari-cari tapi tak jumpa. Bagitau Pok Teh pic ni hilang. Tapi katanya, relaks la. Gambar je pun... Aduhai Pok Teh, memang la hanya pic yang diedit, tapi sentimental value tu tinggi. Bukan senang orang nak edit pic khas untuk kita. Tak percaya pic ni khas untuk aku? Try zoom kat sebelah kanan bawah.. Dah percaya dah??Hihihi... Masa tu kan, tak tau nak buat macam mana dah. Aku pun SMS wani bagitau pic ni hilang. Tapi, nasib aku baik sebab wani ada save pic yang aku MMS dia. Rasa nk lompat-lompat je bila tau pic ni selamat lagi... Hahaha... Apa lagi, lepas Wani bagi pic ni, terus save dalam laptop, simkad dan pendrive. Takut hilang punya pasal =)  Pok Teh, sy jamin lepas ni pic ni takkan hilang dah (^__^)

Okeylah, back to game malam tadi...Yang paling best malam tadi, dapat SMS dari member, Yeayyyy... Kelantan menang. Confius jap, kenapa kawan aku ni excited sangat Kelantan menang sedangkan dia orang Johor. Erm, mungkin sebab dia tau aku minat kot... Hihihi... 

Gol kedua jaringan Indra Putra



Gol jaringan Piya pada minit ke-86



Kelantan 3 - 1 Terengganu



GO MORE KELATE GO MORE

Posto Posto

Friday 13 September 2013

Posto posto...hihihihi

Apa khabar korang? Semoga korang semua sihat dan ceria-ceria sokmo =)

Rabu lepas, 11 September 2013, aku terima parcel yang pok teh pos... Excited giler la bila parcel tu sampai... Hihihi... Ala, kalau korang pun, mesti la hepy kan? Takde kot orang yang tak hepy kalau ada orang bagi something yang kita suka. Mula-mula tu, rasa nak merajuk gak dengan abang posmen sebab lambat sangat sampai. Seksa kot nak tunggu. Pok teh pos hari Ahad, tapi Rabu baru sampai. Kalau ikutkan suppose hari Selasa dah sampai. Erm, poslaju dah kureng laju dah... Huhuhu.. Tapi, pape pun, terima kasih kepada abang posmen sebab datang hantar dengan selamatnya =) 

Frust je pagi Rabu tu sebab tunggu poslaju, tapi tak sampai-sampai. Tapi bila petang tu reciptionist call bagitau ada bungkusan, terus senyum lebar... Hahaha... Macam kanak-kanak dapat gula-gula je happynya hihihi =) Tapi pok teh pesan, jangan buka kat office. Erm, terpaksa la tunggu balik rumah, baru la boleh buka. Pelik gak kenapa pok teh tak bagi buka kat office, bukannya ada pape pun. Novel je pun. Tapiiiii bila dah buka bungkusan tu...Tadaaaaa =) Wahhhhhhhh... surprisingly!!!!! Ingatkan pok teh bagi novel jer. Tapi tak sangka plak pok teh siap burn cd dan selit nota-nota dalam tu. Patut la tak bagi buka kat office. Hihihi... Pape pun, TIME KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA POK TEH DIA sebab bagi novel EKSPERIMEN CINTA, cd dan nota-nota yang sweet tu... Terima kasih daun keladi, next time pok teh bagi la lagi =) Senyum sorang-sorang baca nota yang ditulis tangan tu. Pok teh cakap, tulisannya tak comey. Erm, ok je aku tengok tulisannya dalam note tu. Tapi tak tau la kot-kot tu tulisan pok teh yang paling comey... Hahaha... Sori pok teh, gurau-gurau je. Jangan marah deh =) Smile (^_________^)


bungkusan dah sampai (^____________________^)
Novel + cd + nota2 motivasi =)
cd yang belum lagi berkesempatan nak tengok.. huhu
nota- nota ni dah siap tampal kat office n novel (^_^)

Time kasih banyak2 pok teh =)



Open House

Saturday 7 September 2013

Haiiiii =)

Lama dah tak update blog ni...Rasa dah macam bersawang dah... Hahaha... Erm, lately busy sikit kat ofis sebabnya sibuk study pasal Dokumen Standard Prestasi (DSP) Geografi Tingkatan 3. Nak kena study kenapa korang tanya? Of course la aku nak kena study DSP tu sebab nanti nak kena fikir soalan nak buat buku. Aiiii...dah macam cikgu cikgi dah plak rasa... Hahaha

Owh ya, minggu lepas, 31 Ogos 2013, Dina, kawan aku masa kat UPM buat openhouse kat umahnya di Bandar Baru Salak Tinggi. Oleh sebab aku ni sangat la slow bab2 jalan ni, so aku plan dengan Chan2 nk konvoi sama-sama. Mula-mula tu kami plan nak jumpa kat Alamanda Putrajaya. Kalau kat situ, aku tau la nak pergi. Tapi last minit tukar plan sebabnya Chan2 dari Cheras. So, jumpa la kat Nilai. Hah sudahhh... Macam mana aku nak pergi Nilai? Baru je sekali aku drive pergi Nilai, tu pun housemate yang tunjukkan jalan. So, aku dengan tidak berapa confidentnya gamble je la... Hahaha... Tapi takde la sampai Nilai pun. Aku tunggu je Chan2 kat Hentian Sebelah Nilai, tak confident punya pasal. Takut sesat la katakan. 

Erm, dah selamat sampai umah Dina, apa lagi, aku terus la mengisi perut yang berdondang sayang tu... Erm, sedap makanannya. Thanks to tuan rumah.. Tahun depan boleh wat openhouse lagi... hihihi... Yang paling best masa openhouse tu sebab aku dapat jumpa dengan geng aku masa kat UPM. Geng aku tu nama PCD. PCD stand for what? Biarlah jadi rahsia kami... Nanti kang tak pasal-pasal korang gelakkan kami... Hahaha

Seronok dapat jumpa dan borak-borak dengan Dina, Chan2 dan Tini. Pastu layan plak anak-anak dorang tu. Adam, anak Chan2 tu baik budaknya. Dengan semua orang dia ok je. Tapi dia sangat la aktif.. hahaha. Fateeh baby dina plak, diam je dia sebab dia baby lagi, tak boleh jalan lagi. Sebab tu kurang aktif tu. Sambil makan, sambil gosip... Hahaha... Bukan gosip apa pun, bercerita pasal perkembangan masing-masing. Dah lama tak jumpa la katakan. Ermmm.... harap-harap lepas ni dapat wat reunion PCD. InsyaAllah =)

Ok la...dah habis ayat dah aku goreng, sampaikan dah tak tau nak tulis apa lagi...lalalala

Layankan la dua keping gambar semasa openhouse haritu..

Berdiri dari kiri : Norisyangmanis, Hartini-Tinton, Dina Rani, Fateeh, Lina Chan, Adam

Tini n Noni with Fateeh yang cute =)


SAYANG KORANG SEMUA (^_____________^)