Ramadan yang Hilang TV3

Saturday 20 July 2013

selamat pagi semua (^_________^)

Selamat berpuasa korang. Sedar tak sedar, harini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Kejap je kan masa berlalu? Sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun nk cite harini. Tapi sebab tak dapat nk tidur lepas sahur tadi, aku pun jenguk la blog ni... hihihi

Korang ada tengok tak drama Ramadan yang Hilang slot samarinda kt tv3? Cite ni bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 hingga 11.00 malam. Drama ni ada 18 episod semuanya kalau tak salah aku =)

Sinopsis Ramadan yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik angkat, iaitu Zafirah dan Delisha. Delisha merupakan anak angkat kepada Datuk Zubir dan Datin Saadiah, iaitu ibubapa kandung kepada Zafirah. Sikap Datuk Zubir dan Datin Saadiah yang memberikan lebih perhatian kepada Delisha membuatkan Zafirah rasa tersisih. Delisha merupakan seorang kanak-kanak yang murung kerana sering didera secara fizikal dan emosi oleh bapa tirinya. Ibu Delisha telah meninggal dunia kerana asma. Delisha tercicir dalam pelajarannya kerana sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajarannya. Berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak, dan sarat dengan kasih sayang kedua-dua ibubapanya. Namun, hidup Zafirah mula berubah apabila Delisha dijadikan anak angkat dalam keluarganya. Ibubapa Zafirah sering menasihatinya agar melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya seperti adik kandung sendiri. Namun, sikap Delisha yang berlagak dan seperti kacang lupakan kulit menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur dengan Delisha. Zafirah sering ditegur dan beralah jika berlaku perselisihan faham antara dia dengan Delisha.

Pelakon : Eira Syazira (Zafirah dewasa), Syatilla Melvin (Delisha dewasa), Zamarul Hisham (Datuk Zubir), Zila Bakarin (Datin Saadiah), Norhayati Talib (nenek), Arja Lee (Ramadhani)

Promo Ramadan yang Hilang


OST Ramadan yang Hilang - Seperti Dia by Ameylia



Selamat menonton korang =)

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

0 comments: