Bachelorette Party di Pulau Langkawi

Thursday 19 December 2013

Hai uols

Dah lama tak update blog ni. Ada yang rindu ke? Hihihi

Ni nak cite ni. Pada 14 Disember dan 15 Disember lepas, aku dan dinda-dinda PCD ku, iaitu Yana aka Anne dan Perez aka Anje ke Langkawi bercuti. Rasa sangat bahagia, gembira, teruja dapat bercuti bersama-sama dorang. How i wish semua PCD bercuti bersama-sama... Huhuhu

Dari kiri : Anje, Along, Anne
Pada 13 Disember 2013, jam 11.00 malam, aku dan Yana naik bas Konsortium dari Hentian Pudu Sentral ke Sungai Petani. Sejuk giler kot dalam bas malam tu. Aku plak sebab dah terlalu excited nak g bercuti dengan dorang, sampai terlupa nak bawak pashmina yang aku selalu guna kalau naik bas. Nasib baik la Yana bagi towel dia. Nak ambik towel sendiri susah sebab kat dalam bag bahagian paling bawah sekali. Thanks Yana bagi pinjam towel, walaupun Yana sendiri kesejukan. Terharuuuuu!!!!!

Lebih kurang pukul 4.30 pagi, kami sampai di Sungai Petani. Nasib baik la pakcik bas bagitau dah sampai Sungai Petani. Kalau tak, entah mana-mana la kami sampai nanti. Dengan keadaan mamai, aku terus gumpal-gumpal towel masukkan dalam beg dan turun. Nasib baikkkk... Sambil tunggu Perez datang pick up, sempat la main teka silang kata dalam Majalah Ujang. Tak percaya? Betul laaaaaaa.....

Dah sampai umah Perez, kami mandi-mandi dan siap-siap untuk ke Jeti Kuala Muda. Lebih kurang pukul 6.10 minit pagi, papa dan mama Perez hantar kami ke jeti. Nasib baik la kami sempat naik feri yang pukul 7.15 pagi. Kalau terlepas yang tu, terpaksa la tunggu pukul 9. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segalanya. Lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan, kami sampai di Langkawi. Rasa nak laung je "Langkawiiiiii... here i come!!!!!" tapi rasa macam orang tak betul je kalau buat macam tu. Kan??? 

Destinasi pertama kami ialah rumah maksu Perez. Maksu dah sediakan breakfast untuk kami. Terima kasih maksu =) Selepas itu, kami ke Gunung Mat Chincang. Aku kepingiiiiiiin sangat nak naik kereta kabel. Tapi apakan daya, hasrat tak kesampaian. Huhuhu... Ramai betul orang yang beratur nak beli tiket. Takpe la, kalau ada rezeki next time boleh pegi lagi. Mana tau g honeymoon plak lepas ni... Wakakaka... Sebab tak dapat naik kereta kabel, kami berposing je la kat situ. Ambik mood.. Hihihi



Penat berposing di situ, kami ke Pantai Pasir Hitam. Subhanallah, cantik sungguh pantai tu, saujana mata memandang, dengan airnya yang kebiru-biruan. Sambil mencuci mata dengan keindahan ciptaan-Nya, kami mengisi perut dengan rojak buah dan a few food.


Selepas itu, kami check in di Impiana dan merehatkan badan untuk aktiviti petang plak. Lepas solat asar, kami jalan-jalan cari makan di jalan hujung airport (tak tau betul ke tak namanya ni). Banyak gerai makanan kat situ. sambil menikmati makanan, boleh terasa bayu laut menyapa pipi. Sejuk dan nyaman terasa. Dah kenyang isi perut, kami ke Pantai Chenang untuk tengok sunset. Wowwwww... cantiknyaaaaaaa sunset. Sesungguhnya, semua ciptaan-Nya cantik kerana Dia Maha Pencipta.


Pada sebelah malamnya, kami hanya berehat di bilik. Nak cas tenaga untuk aktiviti esoknya. Macam handphone plak, siap cas bagai. Yana dan Perez mengadakan sesi pillow talk malam tu. Tapi aku tido dengan sangat lenanya. Langsung tak join dorang. Kecapekkan yang amat.. Hahaha

Second day, kami join tour ke Kilim Geopark Forest. Aktiviti ni sangatlah sesuai kepada pencinta alam semula jadi, macam kami... Hihihihi... Pelbagai aktiviti ditawarkan mengikut pakej. Pakej yang kami ambil, RM90 perperson untuk 5 hours tour, lunch disediakan. Mungkin ada yang berpendapat mahal. Tapi percayalah, dengan pengalaman yang diperoleh, confirm korang akan rasa berbaloi sangat-sangat =) Subhanallah, cantik sungguh ciptaan-Nya. Ni adalah first time aku join aktiviti macam ni. First time naik bot keliling pulau, masuk gua. Wow... the nature really amazed me. Sambil nikmati keindahan ciptaan-Nya, ringan-ringankanlah menyebut SUBHANALLAH sebagai tanda kita menghargai ciptaan-Nya =)

Layankan a few pictures semasa tour ke Kilim Geopark Forest dan semoga korang juga akan dapat menikmatinya one fine day =)







Okeyyyyy.... cukuplah kot untuk kali ni. Dah panjang lebar mengarang ni. Hihihi

Hargailah masa anda kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. 







4 comments:

hartiniyahya said...

nk jgk g smua tempat kt langkawi... semua tmpt bes2...

Unknown said...

next time blh g lagi mana-mana tempat yg xsempt g haritu..hihihi

Unknown said...

penang la wehhh penanggg!! ahahaha

superengineermummylife said...

teringat i, perez dan wani bergelumang mengumpul pasir dan ukur ombak.... owh!!! its 5 years plus back...