Anugerah yang Indah dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Friday 30 March 2018

Alhamdulillah,  syukur atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah ❤

Dah lama ciknor tak update blog. Harini tergerak hati nk mengarang :) Tergerak hati ye?  Poyo sangat kan? #gapoever la =)

Alhamdulillah, dengan izinNya, ciknor sudah selamat melepasi langkah pertama untuk membina masjid. Pada 1 Jamadil Akhir 1439 H, satu majlis pertunangan yang ringkas telah berjalan dengan lancar di Kampung Jal. (macam skema pulok entry ni :))

Terima kasih kepada semua anggota keluarga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjayakan majlis tersebut.  Terima kasih untuk kasih sayang yang kalian berikan. Terima kasih untuk segala-galanya.

Untuk bakal imamku, terima kasih untuk segalanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri kerana dalam manis pasti ada buruknya,  yang penting kita sama-sama ❤

Tiktoktiktok..... i is nervous uols. Papepun,  praying that semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih kerana mendoakan (^_^)

Setelah Kau datangkan hujan,  kini Kau gantikan dengan pelangi yang sangat indah.  Syukur alhamdulillah.  Terima kasih Ya Allah untuk rezeki kurniaanMu ini. 

#semogadiberikankerajinanuntukupdateblog

0 comments: