Pada 26 Oktober 2013, aku telah menghadiri majlis
konvokesyen dua orang geng PCD. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya Rosie
Jotin dan Junaidah Ahmad Kalana telah berjaya menghabiskan master mereka
setelah hampir empat tahun memerah keringat dan tenaga. Alhamdulillah kerana
semuanya telah berjalan lancar. Segala pengorbanan dan jerit perih mereka
berbaloi-baloi akhirnya.Macam tagline produk komunikasi plak =)
Tahniah Rosie dan Jun (^___________^) I’m really proud
for the both of you girls =)
Sehari sebelum majlis konvo bermula, Fatihah aka Tong dan Fairuz
aka Perez datang umah aku. Dorang stay kat umah aku. Malam tu aku dan Perez
bermalam kat ruang tamu, beralaskan tilam nipis. Tong plak tido dalam
bilik dengan roomate aku, merangkap coursemate kitaorg. Semangat nak sambut
dorang datang, aku dengan Rosie siap pegi beli tilam kat Giant The Mines minggu
lepas. Terharu tak korang? Hahaha... Malam tu apalagi, pillow talk la aku dengan Perez. Macam-macam cerita,
macam-macam gosip. Entah berapa kali cakap nak tido, tapi lepas tu sambung
bercerita lagi. Teringat kenangan dulu-dulu masa kat UPM. Pillow talk memanjang
ktorang. Kalau ada semua geng PCD, tak tido malam tu aku rasa. Akhirnya, lena
sendiri sebab mata dah tak dapat bertahan… Kenangan oh kenangan.
Pada hari konvo, aku dengan Perez pegi ambik Tini kat KTM
Serdang. Lepas ambik Tini, ktorang balik umah aku dan siap-siap untuk pegi
breakfast dan langsung ke Dewan Besar UPM. Tapi, sesuatu yang tidak terduga
berlaku selepas ktorang breakfast kat Maulana Foodcourt. Tetiba jer Tong rasa
sakit perut, sejuk panas dan pening. Ah sudahhhhh... Aku, Perez dan Tini dah
gelabah dah. Maunya tak gelabah, Tong dah tak larat nak berjalan, tak boleh nak
bangun, mukanya pun pucat je. Tini dan Perez pegi beli panadol
manakala aku plak teman Tong. Sambil-sambil urut belakang dia, ada sorang
pakcik tanya kenapa. Aku cakap la dia sakit. Ramai lagi rupanya Malaysian yang
concern dengan orang sekeliling. I’m proud to be Malaysian… hahaha.. Tetiba
je kan patriotik lebih. Owh ye, berbalik kepada cite Tong tadi. Korang jangan salah
faham plak. Dia sakit tetiba tu bukan sebab makan kat Maulana tu. Sebenarnya
dia period pain. Huhuhu… Tapi memang gelabah giler la time tu sebab aku pun tak
pernah period pain macam tu. Memang pucat giler la muka dia. Dia cakap sejuk,
tapi bila aku urut belakangnya, berpeluh. Pastu kami bawak dia ke Poliklinik
Penawar. Lepas jumpa doktor, makan ubat, dia dah rasa lega sket. Alhamdulillah…
Tapi bila kat Dewan Besar tu, memang dah takde rupa orang sakit dah…
Hahahaha….Dia yang paling excited kot.
Sebelum ke Dewan Besar UPM, ktorang singgah beli bunga jap.
Amboiiii, cantiknya bunga-bunga… Fresh flower plak tu. Ada gak la yang
artificial. Pilih punya pilih, ktorang beli la dua jambak bunga, satu untuk Jun
dan satu untuk Rosie. Dah siap beli bunga, ktorang pusing-pusing cari parking.
Susah bebenor nak cari parking, fulllllll…. At last, jumpa gak tapi kena jalan
jauh sket la. Elok je ktorang sampai, Jun dan Rosie dah keluar dewan. Nak jumpa
dorang pun satu hal gak sebabnya tak dapat nak hubungi mereka. Call tak dapat,
call tak dapat. Susah betul nak masuk line. Tapi akhirnya, jumpa jugak. Bila
dah jumpa macam-macam aksi macam-macam ragam la. Hihihi
Panjang plak entry kali ni… Maklum la, excited… Hihihi
Layankan ragam ktorang semasa Hari Konvokesyen UPM 2013
Kejarlah ilmu walau ke negeri China
2 comments:
tahniah rosie & june! fuh 4 tahun ye. alhamdulillah segala usaha berbalas. semoga lepas ni terus sukses! ciknor bila lg? hehe
tahniah kt dorg... tumpang seronok utk geng pcd..
Post a Comment