Assalamualaikum 😘
24/12/2018
Aku dan husband ke KPJ Shah Alam untuk berjumpa dengan surgeon setelah hampir sebulan mendapat referal letter daripada doktor di Klinik Lana Serdang Perdana.
Setelah diperiksa oleh Doktor Jivan, beliau tak dapat pastikan sama ada perianal absess atau fistula in ano. Jadi, Doktor telah tempah bilik pembedahan untuk aku pada pukul 4 petang pada hari tersebut. Walaupun itu minor surgery, tapi hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku lebih bimbangkan kandunganku berbanding diriku. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku dan kepada kandunganku.
Setelah mendapat approval daripada pihak insurans, aku admitted ke KPJ Shah Alam pada pkul 3 petang. Selepas itu, ada pakar bius masuk ke bilik aku. Dia terangkan jenis bius dan risiko bius. Apabila beliau beritahu bahawa salah satu risiko bius ialah keguguran, aku tahan je air mata. Namun, tak terbendung lagi bila Doktor dan nurse keluar. Terus aku menangis di bahu encik suami. Rasa macam mau batalkan operation tu. Tapi kata suami, buat apa-apa pun, tetap ada risikonya. Kena stay positif. Atas motivasi suami, aku kuat. Alhamdulillah. Aku perlu kuat untuk kandunganku yang berusia 10 minggu.
Setelah tukar pakaian, nurse tolak aku ke bilik OT. Encik suami temankan. Allahu syahdunya rasa bila dah sampai depan OT, nurse cakap, kalau nak salam ke apa, boleh la. Sebab suami tak boleh masuk ke dalam. Suami boleh hantar sampai sini sahaja. Aku salam suami, sambil tahan tangis. Suami kucup dahiku, sambil berbisik yang dia akan sentiasa doakan aku. I love u more, abang 😘
Selepas itu, aku ditolak ke bilik OT. Datang lagi pakar bius, terangkan tentang kesan bius. Aku motivasikan diri dengan berkata di dalam hati, "ala, minor surgery je kot. nanti kalau bersalin, lebih besar daripada ini." Alhamdulillah, aku semakin tenang selepas itu.
Semasa dalam OT, Doktor Hussain inject kat tanganku untuk pasang branula. Selepas tu nurse pasang apa entah namanya kat dada aku, untuk cek kandungan oksigen dalam jantung. Doktor Husain inject kt tulang belakang, tapi bukan ubat bius lagi. Doktor ada bagitau untuk apa, tapi aku tak ingat. Selepas itu, Doktor Husain bagitau nak suntik ubat bius. Bila dah suntik, makin lama makin kebas kaki dari punggung ke bawah. Sebelum pembedahan bermula, nurse tolong angkatkan kaki aku. Malu weh, kena kangkang macam orang nak bersalin tu. Tapi nak buat macam mana kan, dah begitu prosedurnya. Tahan je la. Setelah ubat bius dah berjalan, Doktor Jivan mula melakukan pembedahan. Masa tu, memang aku tak rasa pape. Cuma rasa macam rengsa, terasa seperti urat-urat perut ditarik. Bila rasa macam tu, aku gosok perut perlahan-lahan sambil berselawat di dalam hati.
Lebih kurang 45 minit, semuanya selesai. Aku ditolak ke keluar, tapi masih dalam kawasan OT, belum masuk ke wad lagi. Kat situ, nurse nak pantau keadaan aku sebelum ditolak ke wad biasa. Aku takut bila tekanan darah aku rendah. So, nurse pasang drip air kat tangan aku. Masa tu aku terlentang je, tapi aku tak rasa selesa. Jadi aku minta nurse tolong aku mengiring. Sebab kat rumah pun, mmg baby tak bagi mama dia tido terlentang. Mama kena tido mengiring. Demimu sayang, mama akan buat apa sahaja 😘 Setelah hampir 20 minit, keadaan aku makin stabil, walaupun tekanan darah masih rendah, tu kesan bius sebenarnya. Dan alhamdulillah, aku takde pening, loya atau muntah. So, selepas itu, nurse tolak aku ke wad. Encik suami setia menunggu di situ. Terima kasih abang 😍
Selepas siap suapkan aku makan, encik suami balik rumah kejap untuk ambil barang keperluan. Dan makanya, itulah pertama kali sepanjang 32 tahun hidup kat dunia ni, aku bermalam di hospital. Hahaha... Boleh pulak gelak ye. Tapi itulah pengalaman. Tak boleh tido malam tu. Bukan sebab sakit, tapi maybe sebab tempat baru, tak biasa. Itu yang asyik terjaga ye. Lagi satu terjaga sebab nurse datang cek tekanan dan suhu. Kesian encik suami tido atas sofa. Nasib baik la sofa tu oun nampak macam selesa je.
25/12/2018
Lebih kurang pukul 11 pagi, Doktor Jivan datang untuk pantau. Selepas itu, nurse buat dressing. Omaigodddddddd, sakit weh dressing. Tu pun nurse dah inject ubat tahan sakit tau. Tapi bila nurse buat tu,masih terasa sakitnya. Bila terasa sakit, aku cakap dalam hati, tak sakit pun, sambil tua,genggam tangan suami sekuatnya, sambil tarik nafas. Petua nurse bagi, kalu rasa sakit, tarik nafas. Nurse suruh bagitau dia kalu sakit, so dia boleh stop kejap. Ermmm, tak payah stop la nurse, sebab memang sakit, dan saya nk dressing tu siap secepatnya. Dressing tu macam mana? Haaa macam ni, nurse cuci luka operate tu dengan hidrogen peroksida rasanya. Dah cuci² tu, nurse akan letak sejenis gel untuk mempercepatkan pertumbuhan isi. Lepas tu nurse akan masukkan gauze yang direndam dalam betadine (sejenis antiseptik) ke dalam lubang operate tu. Makin dalam lubang, makin panjang la kain gauze yang akan dimasukkan. Dah siap masukkan tu, nurse akan tutup dengan kain gauze dan plaster. Alhamdulillah, lepas siap dressing tu, memang takde rasa pape. Itu aku la. Orang lain aku tak tau.
Petang ini, aku menerima kunjungan dari sepupuku sekeluarga. Ha, mereka siap berkampung lagi kat hospital tu. Privacy sebab aku sorang je dalam bilik tu. Ashraf dan Syasya siap baring atas katil pesakit lagi tengok tv 😂
26/12/2018
Dressing lagi 😅 Bertabah la ye!!! Sepatutnya pagi dah boleh discharge. Tapi lambat sebab pihak hospital nak uruskan dengan pihak insurans. Jadi, lebih kurang pukul 4.30 petang baru aku boleh balik rumah. Berapa total kos? Terkezutttttt mak kau tengok bil hospital tu. Total kos RM7K plus. Terima kasih Prudential tolong bayarkan.
31/12/2018
Harini ada follow up dengan Doktor Jivan. Doktor cakap, luka cantik, takde nanahm Doktor siap puji tau. Katanya, "Bagus u. Kuat ye, dapat tahan sakit. Kalau orang lain, dah menangis ni dressing." Maybe sebab dah biasa dressing hari². Jadi, alah bisa, tegal biasa. Haaa gitu. Next follow up on 19/1/2019.
2/1/2019
Setiap hari, selepas keluar dari hospital sampai ke hari ini, aku akan ke klinik untuk melakukan daily dressing. Takde ubat tahan sakit tau. Sebab kat klinik biasa, takde injection tahan sakit untuk ibu hamil. Tapi takpe, mama kuat. Hahaha
Ok, dah habis dah cerita.
Pengalaman Baru
Wednesday, 2 January 2019
Labels:
fistula in ano,
pembedahan,
perianal absess
Posted by
Unknown
at
10:21
1 comments
Our Journey
Saturday, 20 October 2018
![]() |
semoga ikatan ini membawa ke syurga. InsyaAllah =) |
Posted by
Unknown
at
18:37
0
comments
Anugerah yang Indah dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Friday, 30 March 2018
Alhamdulillah, syukur atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah ❤
Dah lama ciknor tak update blog. Harini tergerak hati nk mengarang :) Tergerak hati ye? Poyo sangat kan? #gapoever la =)
Alhamdulillah, dengan izinNya, ciknor sudah selamat melepasi langkah pertama untuk membina masjid. Pada 1 Jamadil Akhir 1439 H, satu majlis pertunangan yang ringkas telah berjalan dengan lancar di Kampung Jal. (macam skema pulok entry ni :))
Terima kasih kepada semua anggota keluarga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjayakan majlis tersebut. Terima kasih untuk kasih sayang yang kalian berikan. Terima kasih untuk segala-galanya.
Untuk bakal imamku, terima kasih untuk segalanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri kerana dalam manis pasti ada buruknya, yang penting kita sama-sama ❤
Tiktoktiktok..... i is nervous uols. Papepun, praying that semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih kerana mendoakan (^_^)
Setelah Kau datangkan hujan, kini Kau gantikan dengan pelangi yang sangat indah. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah untuk rezeki kurniaanMu ini.
#semogadiberikankerajinanuntukupdateblog
Posted by
Unknown
at
12:44
0
comments
Lelaki adalah Ujian bagi Wanita
Friday, 29 January 2016
Assalamualaikum :)
Fuhhhh dah lama giler i x update blog....last updated,last year kot.omaiiiiii :p
Sebenarnya,takde cite menarik pun nak share.cumanya apabila ada masa free ni,nak buat sesi luahan perasaan kat sini.sudah tak tertanggung rasanya bebanan perasaan ni.uwaaaaaaaa :(.....
Taktau nak mula dari mana....huhuhu....almost 5 tahun lepas,i kenal dengan sorang laki ni.kawan yang kenalkan.bagi i,dia seorang kawan yang baik dan sangat memahami.bila2 je i need someone to talk to,dia selalu ada.selalu bagi kata² semangat untuk i apabila i rasa down.makin lama i kenal dia,kami makin rapat.senang cite,takde rahsia la antara kami.
Tapi,ku sangkakan panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari.last year,dia bgtau yg dia hanya anggap aku sebagai kawan je selama ni.ok,aku boleh terima.tapi yang buat aku rasa sedih sangat² apabila dia sangat² berubah.dia dah tak macam dulu.berubah sangat². Apabila dia berubah 360° macam tu, i memang sedih sangat.mulanya i sangka dia stress sebab dia final year pjj,mesti byk assignment nk kena buat,mana nak siapkan final year project lagi. Tp apabila semua dah settle dan dia masih sama,memang dia dah berubah.uwaaaaaa sedihnya.ye la,terlalu banyak kenangan tetiba je jadi macam ni.bila semuanya berubah sekelip mata,mesti la akan ada rasa sedihkan.feeling maybe change,but momories dont.
Sebelum ni,ada kawan² dia yg msg i bgtau tentang dia.tapi i tak peduli semua tu sebab i kenal dia.dorang saje je cakap mcm tu,maybe jeolous.dan sungguh i tak faham kenapa seorang kawan sanggup burukkan kawannya sendiri.ermmm dunia owh dunia.
Walau apapun terjadi antara kita,i tetap bersyukur kepada Allah sebab diberikan peluang untuk kenal awok.mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu tetapi tidak ditakdirkan untuk bersama.sesungguhnya,Allah adalah sebaik² perancang.kita merancang,Allah juga merancang.dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awok walaupun kita dah x berhubung seperti dulu.sebagai kawan,sy akan selalu doakan awok sebab awok pernah bahagiakan sy,pernah menjadi pelangi dalam hidup sy.terima kasih Allah sebab pinjamkan dia untuk hambaMu ini.
Hokeyyyyy dah selesai sesi luahan perasaan.sila jangan menyampah hokey...daaaaaa
Posted by
Unknown
at
12:30
2
comments
my 3 days off
Sunday, 3 May 2015
"Abang nama..."
"Abang nama.."
"Muhammad..."
"Muhammad..."
"Aliff..."
"Ba...."
Hahaha....kesian abang ashraf, syasya cakap nama dia muhammad aliff ba. Mungkin sebab terikut-ikut bila umi dia ajar aliff ba ta. Macam ni la bila sel-sel otak berhubung. Cerdik kemain lagi ye syasya. Pastu kan, ashraf tengok hp i. Apabila dia tengok dalam Gallery, dia jumpa video. Kebetulan pulak dalam tu semua ada video syasya masa kecik. Ashraf apa lagi, jeles la. Siap buat muka sedih pulak dia. Saje la tu mintak ciknor pujuk. As usual la, bila ashraf merajuk ciknor kena pujuk. Pastu setiap kali ciknor nak balik mesti akan ada drama. Ayat yang biasa ashraf guna, ciknor tak payah la balik, ciknor duduk sini, ciknor tido sini, ciknor tak payah g keja. Semua tu ayat tak bagi ciknor balik. Sambil peluk ciknor tak bagi balik. Sementara ciknor takde suami takde anak ni boleh la ciknor manjakan abang. Hihihi... Setiap kali balik dari jumpa dorang mula la rasa rindu. Rindu dengan keletah dorang yang saaaaaaangat mencuit hati. Ciknor sayang kamu berdua. Muahhhhh ciked =)
![]() |
muhammad aliff ashraf & nurul syasya aqilah ~ kesayangan ciknor |
Semalam, 2 Mei i g kenduri kawen classmate masa form 4 and form 5 dulu. After 12 years tak jumpa dengan tengku anis amalina binti tengku hamzah aka bunih, semalam jumpa kat majlis kenduri kawen dia. Berseri-seri pengantin. Bunih, aku doakan ko n suami bahagia hingga jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aminnn... Lepas snap photo dengan pengantin, i dengan yana menjamu selera. Tengah relakskan perut selepas makan tu, i nampak mohd farhan bin zurime, ex-classmate gak. Pehe datang dengan isteri dan baby dia. Bambamnya baby dia. Nama airis rafanda, two months plus, 6 kgs. Wife dia pun friendly. First time jumpa wife pehe, tapi peramah sangat. Boleh la masuk, orang kelate kata. Hihihi... Sementara tunggu umi dan papa airis makan, ciknor jadi babysitter airis. Selesa sangat kot ciknor riba dia, siap tido. Nak balik tu baru la airis jaga. Tapi kan, airis ni pandai tau. Bila tengok je handphone, terus dia pandang. Tau-tau je orang nak snap pic dia. Budak-budak zaman sekarang dengan gajet berpisah tiada =)
![]() |
selamat pengantin baru bunih & fairus ~ semoga saling berpimpin tangan ke syurga |
![]() |
ciknorismanis & airis rafanda bambam |
![]() |
hai world ~ my name is airis rafanda binti mohd farhan |
![]() |
The Mines Bowl Centre |
![]() |
Lets rock the bowl |
![]() |
Makin ke kiri ~ tiupan angin kot... ngeh2 |
![]() |
Filled in lost ticket declaration form |
![]() |
dah siap isi dan kena fine RM20 |
Ok lah, dah ketandusan kekeringan idea dah. Harini hari KEHILANGAN =(
Have a nice day and good day ahead. Saya sayang kamu =) Macam takde kaitan plak tagline ni. Hihihi
No worries dengan kehilangan sebab tu semua pinjaman je dari Allah SWT. Wanita Islam Wanita yang Kuat (^_^)
Labels:
bowling,
cuti,
kehilangan,
muhammad aliff ashraf,
nurul syasya aqilah,
PCD,
the mines,
weekend
Posted by
Unknown
at
20:16
4
comments
Mari Belajar Sejarah
Sunday, 22 March 2015
Labels:
bab 1,
ciri-ciri tamadun masyarakat hwang ho,
kemunculan tamadun awal manusia,
sejarah tingkatan 4,
tamadun hwang ho
Posted by
Unknown
at
14:41
0
comments
santai di rumah
Wednesday, 11 March 2015
Balik dari klinik tadi makan ubat terus tido. Giler lama tido, dari pkul 10 pagi hingga 1 petang. Rehat katanya hahaha. Alhamdulillah petang ni rasa ok sket walaupun belum recover sepenuhnya.
![]() |
Hasil jumpa doktor
Get well soon for myself
|
Labels:
migrain,
rindu ma,
sakit
Posted by
Unknown
at
16:34
0
comments