semoga ikatan ini membawa ke syurga. InsyaAllah =) |
Our Journey
Saturday, 20 October 2018
Posted by
Unknown
at
18:37
0
comments
Anugerah yang Indah dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Friday, 30 March 2018
Alhamdulillah, syukur atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah ❤
Dah lama ciknor tak update blog. Harini tergerak hati nk mengarang :) Tergerak hati ye? Poyo sangat kan? #gapoever la =)
Alhamdulillah, dengan izinNya, ciknor sudah selamat melepasi langkah pertama untuk membina masjid. Pada 1 Jamadil Akhir 1439 H, satu majlis pertunangan yang ringkas telah berjalan dengan lancar di Kampung Jal. (macam skema pulok entry ni :))
Terima kasih kepada semua anggota keluarga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjayakan majlis tersebut. Terima kasih untuk kasih sayang yang kalian berikan. Terima kasih untuk segala-galanya.
Untuk bakal imamku, terima kasih untuk segalanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri kerana dalam manis pasti ada buruknya, yang penting kita sama-sama ❤
Tiktoktiktok..... i is nervous uols. Papepun, praying that semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih kerana mendoakan (^_^)
Setelah Kau datangkan hujan, kini Kau gantikan dengan pelangi yang sangat indah. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah untuk rezeki kurniaanMu ini.
#semogadiberikankerajinanuntukupdateblog
Posted by
Unknown
at
12:44
0
comments