Kisah Seminggu yang Lalu

Saturday 28 February 2015

Hai hai haiii semua =)


Lama dah tak update blog. Mungkin lepas ni rajin sikit nak udate blog sebab dah ada tab. Pinjam adik punya hihihi. Terima kasih Pokmat yang baik hati =)

Hari Rabu lepas aku balik kampung sempena cuti Chinese New Year. Cuti lima hari tapi dua hari dah tolak untuk perjalanan balik dan kembali ke Serdang.

Kami bertolak dari Puchong pada pukul 5 pagi dan selamat sampai di Kampung Jal pada pukul 1 tengah hari. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan takde pape yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.

Ciknor dan Pokmat ~ on the way balik kampung

Hari pertama kat kampung ma ajak g umah makcik kat Kuala Krai. Sedihnya rasa bila makcik bercerita tentang bah kuning yang melanda Kelantan bulan Disember 2014. Sungguh kuat mereka yang diuji dengan musibah banjir. Tengok kepada keadaan sekitar aku tak sanggup nak bayangkan apa yang telah mereka lalui. Sesungguhnya mereka yang dilanda musibah banjir tu adalah insan terpilih. Allah uji mereka kerana Allah sayangkan mereka.

Pada hari Jumaat 22 Februari aku kuar jalan2 dengan Wani di KBmall. Dah lebih dua tahun tak g KBmall. Seronok jumpa Wani sebab dapat jumpa dengan anak-anak wani. Suri Shafina yang comey lotey rasa nak gegettt dan Saif Shaheem yang super duper peramah. Shaheem kini sangat petah kecek Kelate n super duper friendly kalu nak dibandingkan dengan perangai pemalunya masa Wani sekeluarga datang beraya di rumah tahun lepas. Sekarang ni friendly yang amat. Nasib baik la dah biasa melayan Muhammad Aliff Ashraf yang suka bersoal jawab dengan Ciknor. So tak kekok sangat nak melayan Shaheem. Hihihi... Kejap je jumpa Wani. Tak puas rasanya. Tapi takpe balik lain kali boleh jumpa lagi. InsyaAllah kalau panjang umur.

Ciknor, suri shafina yang comey lotey, saif shaheem yang super friendly and my kindest bff puan alwani amalini
ciknor dan suri shafina

Balik dari jumpa Wani aku jumpa Pokteh di D'Klasik Wakaf Che Yeh. Kebetulan plak sedondon haritu dengan Pokteh. Bila duduk borak2 rasa kekok plak. Mungkin sebab dah lama tak jumpa so aku rasa segan dengan Pokteh. Hahaha... Sebelum balik Pokteh bagi bantal strawberi dan tiga keychain. Aku suka kumpul keychain. Hihihi... Pokteh taktau aku juga suka bila orang bagi bantal. Hihihi.. Aku ada empat bantal yang BFF bagi as birthday present. Dorang ni memang menggalakkan aku tido.

strawberi n keychains pokteh bagi ~ makin lena la tido =)
Balik je rumah lepas jumpa Pokteh, Ashraf ajak g mancing kat tali air depan rumah. Ciknor dan Pokmat temankan Ashraf. Tapi Ciknor jadi photographer je. Ashraf dan Pokmat je mancing. Best ambik angin petang kat tepi tali air. Angin macam tepi pantai. Sejuk dan nyaman menyegarkan... Uwaaaaa nak balik kampung lagiii...

Saujana mata memandang ~ cantikkan

Pokmat dan ashraf

Ciknor n ashraf

Last day kat kampung aku sempat g umah Dayah bff masa belajar di SMK Ketereh. Dah besar dah anaknya Akid. Seronok tengok kawan2 dah ada keluarga sendiri. I wish that i would have a chance to experience that... Sentimental plak aku ni. Hahahaha....Petang tu aku sekeluarga gi kenduri kat umah sedara. Kemain lagi request Pokmat masak tomyam untuk lunch and mi goreng untuk dinner haritu. At the end tomyam untuk lunch dah jadi dinner. Tak sempat la nak merasa mi goreng pokmat yang mendapat permintaan ramai. Tapi takpe balik next time boleh request lagi.... ngeh ngeh ngeh


Dah takde idea nk menulis maybe sebab dah lama tak update blog. Ayat pun rasa mcm ayat karangan budak sekolah.skema dan kaku je ayat. Macam takde jiwa. Hahahaha...

Have a nice day uols =)

Live your life to the fullest :)