birthday buddies

Monday 29 July 2013

Hai semua =)

Semalam, 28 Julai besday my bff, puan alwani amalini mustapha. Ulang tahun kelahiran yang keberapa? Biarlah rahisa, katanya Dato Ct. Hihihi

TO my dearest friend's, sy doakan awok panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Semoga awok menjadi ibu, isteri, dan anak yang solehah. sy sayang awok sebab awok sahabat sy =)
inilah dia puan alwani amalini mustapha with her family =)



Erm, td try la belek2 album lama... pic yg dicari-cari tak jumpa tapi ada la jumpa pic aku dan wani. Hepy je rasa bila teringat moments dulu2, masa kat UPM.

Unforgettable moments

kanak-kanak ribena 1st year kat uni

time reunion PCD 2010 kot

bercuti bersama d teluk batik

ladies night kat putrajaya

kami penyokong setia the red warriors

time celebrate besday wani yg x ingat tahun bila...hihii

jenjalan kat kolumpo

sambutan hari raya bacelor sains (alam sekitar)

kat teluk batik kot ni...dua2 muka penat tp still boleh smile =)

vacation di negeri bawah bayu

dalam toilet the mines kot...sempat aje...hahaha

kat ICT shah alam...orang lain g malam, kami g siang...layan je  la =)
pic latest kami takde tapi InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dengan izin-Nya dapat la kami jumpa raya nanti sebab wani balik beraya di kelate. dah lama dah xjumpa wani. nasib baik la ada laman sosial, hp, boleh la berhubung walaupun jauh. tu la salah satu kepentingan sistem perhubungan, menghubungkan yang jauh terpisah... skema la plak ayat. dah macam edit subjek geografi kat ofis plak rasa. hahaha

Lagu ni khas untuk wani =)



Someone like you is a gift that engraves a smile in my heart. It give memories that will stay in me not for a while but for a lifetime


"Pada hari itu (akhirat), sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa (persahabatannya berdasarkan iman dan amal soleh)." - az-Zukruf : ayat 67

Hijau Warna Syurga


Assalamualaikum =)
Salam sejahtera =)

Lama dah tak update blog. Busy la konon... hihihi...

Haritu ada someone cerita pasal warna hijau, iaitu warna syurga. So,entry harini nak share pasal kehebatan warna hijau dalam al-Quran dan Islam.

Petikan dalam tafsir Quran yang menceritakan tentang warna hijau :

1   "Mereka itulah orang yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgahsana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirahat yang indah." - Surah al-Kahf : Ayat 31

2   "Mereka (ahli syurga) bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah." - Surah ar-Rahman : Ayat 76

3   "Mereka (ahli syurga) berpakaian sutera hijau yang halus dan sutera tebal serta memakai gelang yang diperbuat daripada perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci)." - Surah al-Insan : Ayat 21

Fakta menarik tentang warna hijau... lets check it out =)
1   Merupakan warna kegemaran Rasulullah SAW. Maybe lepas ni akan jadi warna kegemaran aku gak..hihihi

2  Kubah Masjid Nabawi berwarna hijau.

3  Bendera negara Libya satu-satunya bendera negara yang menggunakan hanya satu warna, iaitu hijau.

4  Melambangkan alam, kehidupan, keselamatan, belia, dan harapan.

5  Mewakili 'JALAN' atau 'GO' di lampu isyarat, isyarat kereta api, dan isyarat kapal.

6  Tanda 'KELUAR' atau 'EXIT' di kebanyakan negara berwarna hijau. Tapi ada gak negara yang gunakan kaler merah untuk papan tanda ni.

7  Green Night ViGreen digunakan untuk goggles penglihatan malam kerana mata manusia adalah yang paling sensitif dan dapat membezakan warna.

8  Merupakan warna suci orang Mesir yang mewakili harapan dan kegembiraan pada musim bunga.


Segarkan mata dan minda dengan kehijauan... Layankan je ye =) hihihi


Menyegarkan mata hati dan minda =)
Kehijauan kampung yang mendamaikan



Hijau membawa kebahagiaan dan harapan


Hijaunya bendera negara Libya =)


Hijau melambangkan perpaduan... try cari aku yang mana..ni masa 1st year kat UPM kot



Kubah Masjid Nabawi yang berwarna hijau

Hijau Bumi Tuhan by XPDC
Sekali kumemandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini
















Ramadan yang Hilang TV3

Saturday 20 July 2013

selamat pagi semua (^_________^)

Selamat berpuasa korang. Sedar tak sedar, harini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Kejap je kan masa berlalu? Sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun nk cite harini. Tapi sebab tak dapat nk tidur lepas sahur tadi, aku pun jenguk la blog ni... hihihi

Korang ada tengok tak drama Ramadan yang Hilang slot samarinda kt tv3? Cite ni bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 hingga 11.00 malam. Drama ni ada 18 episod semuanya kalau tak salah aku =)

Sinopsis Ramadan yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik angkat, iaitu Zafirah dan Delisha. Delisha merupakan anak angkat kepada Datuk Zubir dan Datin Saadiah, iaitu ibubapa kandung kepada Zafirah. Sikap Datuk Zubir dan Datin Saadiah yang memberikan lebih perhatian kepada Delisha membuatkan Zafirah rasa tersisih. Delisha merupakan seorang kanak-kanak yang murung kerana sering didera secara fizikal dan emosi oleh bapa tirinya. Ibu Delisha telah meninggal dunia kerana asma. Delisha tercicir dalam pelajarannya kerana sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajarannya. Berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak, dan sarat dengan kasih sayang kedua-dua ibubapanya. Namun, hidup Zafirah mula berubah apabila Delisha dijadikan anak angkat dalam keluarganya. Ibubapa Zafirah sering menasihatinya agar melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya seperti adik kandung sendiri. Namun, sikap Delisha yang berlagak dan seperti kacang lupakan kulit menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur dengan Delisha. Zafirah sering ditegur dan beralah jika berlaku perselisihan faham antara dia dengan Delisha.

Pelakon : Eira Syazira (Zafirah dewasa), Syatilla Melvin (Delisha dewasa), Zamarul Hisham (Datuk Zubir), Zila Bakarin (Datin Saadiah), Norhayati Talib (nenek), Arja Lee (Ramadhani)

Promo Ramadan yang Hilang


OST Ramadan yang Hilang - Seperti Dia by Ameylia



Selamat menonton korang =)

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Nasi Kerabu Pilihanku

Tuesday 16 July 2013

hai korang

balik keja tadi, macam biasa la. aku akan pusing bazar ramadan kat taman sri serdang ni. dalam kepala ni, asyik fikir je nanti nak berbuka dengan apa. apabila dah nak habis satu round, aku ternampak la akak tu. mula-mula tak perasan pun akak tu sebab bannernya dah tukar. kalau ramadan lepas dia guna banner kak jah katering, tahun ni dia guna banner shila katering plak. tapi ownernya still the same. aku pun terus la ke tempat akak tu dan seperti biasa, aku akan beli sama ada nasi kukus atau nasi kerabu la. rasanya, semua student UPM tau kot kalau sebut nasi kukus akak tu. sejak jadi student UPM lagi aku dan members aku mmg suka nasi kukus dia. mmg superb la nasi kukus dia. tp tadi aku pilih untuk beli nasi kerabu.

hidangan sepinggan lengkap, cukup semua kelas makanan

zoom sikittttttt.... so nyummy
erm, korang tau tak apa yang membuatkan nasi kerabu ni rasa sedap?
mesti tak tau kan? sebenarnya, nasi kerabu ni rasa sedap sebab adanya budu

kalau korang makan nasi kerabu, korang kena gaul nasi dengan ulam-ulam tu semua. pastu baru boleh makan. ada kawan aku tu, dia bukan orang kelantan. kelakar bila tengok dia makan, sebabnya dia tak gaul semuanya. dia akan makan ulam tu sikit-sikit. apabila nak suap nasi, dia akan ambik ulam sikit, lauknya sikit. hihihii...bagi aku la, xde nikmat makan nasi kerabu kalau macam tu. so, next time kalau korang nak makan nasi kerabu, korang kena gaul semuanya, baru la ada umpppphhhh makan nasi kerabu. 

kepada sesiapa yang xpernah cuba nasi kerabu, lepas ni korang boleh la try. confirm akan jatuh cinta =) SELAMAT MENCUBA ye

Nekbak Oh Nekbak

Monday 15 July 2013

assalamualaikum... hai... hello =)


erm, bila posa kt perantauan ni mula la nk mkn mcm2... bulan posa je mesti teringin nk mkn mcm2, especially kerabu sarang, nekbak, onde2, dan ikan pari bakar. yg lain tu xkisah sgt sbb blh dpt dgn mudah dan senang kt serdang ni. tp nekbak xde kat sini...huhuhu


nekbak idaman kalbu
kesiankan, cite kat org pun, org buat xtau je...huhuhu...

aku berhenti berharap 
menunggu posmen datang hantar
hingga nanti suatu saat
tiada nekbak kudapat

hahaha... siap buar lirik lagu...nekbak punya pasal.

xpe la, kalu ada rezeki dan kesempatan, blk raya nti dpt la mkn kuih ni. kalu x, terpaksa la tgu ramadan thn dpn... insyaAllah kalau panjang umur. Aminnn

aku yang terharu

Friday 12 July 2013

assalamualaikum... hai... hello =)

td singgah kat blog my bff, yana. uwaaaa....  terharunya apabila ada one of her entry dia cite psl aku.. kalu korg pun mesti terharukan kalau ada org post entry just about you. kan? kan? kan?

ni la entry yg aku printscreen dr blog yana (mode : terharu)

entry yg buat aku rasa nk nangis sbb terharu...thanks my dear yana

time kasih atas semua doa yana utk along

thanks dear sbb selalu ada dulu, kini, dan insyaAllah selama-lamanya kerana kaulah sahabatku. alahai sentimental la plak aku mlm ni...

lagu ni along tujukan kas utk anne aka yana





“A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.”  ~ William Shakespeare

Hargailah sahabat anda kerana mereka begitu berharga

Kelebihan Solat Tarawih

Thursday 11 July 2013

Assalamualaikum wbr...haiii... rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa...hihiihi


ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna


harini xtau nk cite pape sebenarnya...so, aku pun menggoogle la dan inilah hasilnya.

Firman Allah SWT Taala :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. 


KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya yang baru dilahirkan.

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa kedua-dua ibubapanya.

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala 
yang diperoleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Quran.

Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah, dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong baginda menentang musuhnya, iaitu Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Ke-11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Ke-12
Dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ke-13
Datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Malam Ke-16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ke-17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT telah reda denganmu dan dengan kedua-dua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Ke-19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke-20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

Malam Ke-21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Malam Ke-22
Akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari 
tersebut.

Malam Ke-23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam Ke-24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke-25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

Malam Ke-26
Allah SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam Ke-27
Allah SW.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Ke-28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam Ke-29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ke-30
Allah SWT akan memberikan penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.


utk info lanjut tentang kelebihan bulan ramadan, feel free ke link berikut ye =)
http://www.islam.gov.my/e-hadith/kelebihan-bulan-ramadhan

Selamat menunaikan ibadat puasa dan semoga amalan kita diberkati oleh-Nya...aminnn 

Shopping raya

Sunday 7 July 2013

adoiii penatnya kaki... td g shopiing baju raya kat pkns shah alam. rambang mata tgk baju2 kat situ. semuanya cantik2 tp harganya pun cantik gak la. sepasang smpai 3 ratus lebih.xmampu la nak beli, sayang duit. huhuhuu. .tp bagi org yg bergaya n mampu, dorg maybe xkisah kot kalau mahal sket. yg penting maintain lawa n look gorgeous pada hari lebaran. tp aku ni berkira sket bab2 duit ni. kalu rasa berbaloi beli n boleh pakai lama,boleh la. tp kalau smpai 2 ratus sepasang, aku xbeli kot. xmampu la den nk pakai baju mahal mcm tu. beli baju 200 300 sepasang, dh rasa mcm retis plak... glamour u hahaha
setelah pusing satu pkns tu, aku stop kt butik peace. cantk je baju2 kat situ dan mampu la nk beli.. .affordable la dan yg paling penting boleh pakai raya n nti boleh pakai g keja... 2 in 1 la. the most important thing is ,still dlm bajet aku, xlari la. sempat la grab 2 pasang td... berbaloi la kan 200 for 2 pieces. boleh pakai raya n lps raya pakai g keja plak =)
walau pape pun, semasa berbelanja tu ukurlah baju di badan sendiri yer my dears =)
jadilah pengguna yang bijak dan berbelanjalah dengan berhemah