Hai uols
Alahai kesiannya kat blog aku ni, dah lama aku tak menjenguknya. Kebizian yang melampau sejak akhir-akhir ni. Minggu lepas sibuk kemas barang sebab nak pindah umah sewa baru. Rasa macam sket je barang, tapi bila dah kemas.... Makkkkkk banyaknya. Tu baru single, kalau dah double nanti macam mana la agaknya. Ngehngehngeh.. sempat lagi berangan bila dah double macam mana.. Kihkihkih =)
Pada 14 Januari 2014, aku telah selamat berpindah ke rumah sewa baru. Roomate baru aku namanya Zue, dia adalah ex-coursemate aku masa study kat UPM dulu. Oleh sebab banyak barang yang nak kena angkut, terpaksa la aku menebalkan muka mintak tolong dari my dearest PCD. Aku mintak Yana tolong aku angkut barang. Dan terima kasih kepada Tini dan Rosie yang sudi membantu. Love uols my PCD =) Pada pagi Selasa tu, aku cakap dengan Yana nak pindah dalam pukul 10 pagi. Sementara tunggu dorang datang, aku hantar dulu sket barang ke umah sewa baru. Apabila dorang sampai, kami sumbat je semua barang dalam keta aku dan keta Yana. Adjust sesungguh hati supaya semua barang dapat muat. Hahahaha... Gigih betul. Rasa bersyukur sangat sebab ada dorang. Kalau dorang takde, tak tau la macam mana aku nak angkut barang sorang-sorang. Huhuhu
Dah siap angkut semua barang ke dalam rumah sewa baru, kami rehat kejap. Kesian dorang, aku hidangkan skyjuice je. Sambil-sambil tu, tunggu Rosie datang. Nak kena cubit ni Usu (gelaran kepada Rosie dalam PCD) ni, kami dah siap angkut barang dia tak sampai lagi. Sementara tunggu Rosie sampai, sempat lagi tunjukkan koleksi GLadies Wardrobe kepada Zue. Hihihi... Apabila Rosie dah sampai, kami chit chat kejap, almaklumla dah lama tak jumpa. Rosie baru je datang sini, dua bulan lepas dia balik ke Sabah.
Selepas itu, kami mencari makan di Bandar Baru Serdang. Kelas kau Jah...Dulu ktorang panggil Padang je kat situ. Tapi sekarang sebab dah dibangunkan, dah banyak kedai dibuka, makanya diberi nama baru, iaitu Bandar Baru Serdang. So, jangan terkejut sangatlah ye kalau orang tanya Bandar Baru Serdang kat mana. Kami memilih untuk makan nasi ayam di Restoran Nasi Ayam Tat. Kepada sesiapa yang suka mencuba sesuatu yang baru dan ingin mencuba nasi ayam steam, bolehlah cuba di restoran ni. Harganya, ok la, affordable.
Lepas makan, kami balik umah untuk solat. Lepas tu, siap-siap untuk ke The Mines. Takde arah tuju pun sebenarnya nak ke The Mines tu. Aku nak main bowling, Yana Tini nak karok, Rosie follow je katanya. Tapi semua tu ktorang tak buat. Just window shopping je kat situ. Dan aku plak, beli double garment rack untuk gantung baju. Terpaksa beli baru sebab almari lama aku tak dapat angkut. Almari tu almari kayu, so tak dapat la nak angkut guna kereta.
Balik dari The Mines, Yana hantar Tini ke Desa Petaling sebelum dia balik ke Bangi. Rosie plak balik ke UPM je, tepi umah sewa aku je. Hihihi... Dan aku plak, mengemas barang-barang mana yang patut. Adehhhhh penat gak ye bila pindah umah. Pada sebelah malamnya, sempat la aku beramah mesra dengan housemate baru. Sorang tu nama Kak Ita, dia orang Kelate. Senang la aku nak kecek nanti sebab guna mother tongue je. Tak perlu tukar dialek KL =) Sorang lagi tu nama Mas, dia orang Perak. Dengan Mas tak sempat nak borak-borak sebab dia baru balik keja. Akibat kepenatan yang amat, pukul 9 lagi aku dah pengsan. Zzzzzzzzz
Alamak, terlebih panjang la plak bila buat entry baru. Hihihi...
Okeylah uols, have a nice day (^________^)