PCD ke Melaka

Saturday 2 November 2013

Hai uols =)

Harini cuti, so boleh la aku update blog, sambil mengasah bakat menulis. Tapi, ada bakat ke? Hahaha

Ahad lepas, 27 Oktober 2013, aku dan geng PCD buat rombongan Cik Kiah ke Melaka. Dah lama dah tak jalan-jalan PCD. Tapi tak semua geng PCD yang dapat join. Hanya aku, Tini, Rosie, Jun dan Perez je yang ke Melaka. Tapi papepun, kami really enjoyed the vacation =) Kalau semua dapat join, lagi seronok kot sebab ada yang dah ada anak. Mesti meriah bila ada kanak-kanak. 

Malam tu, Tini cakap ktorang kena gerak awal ke Melaka sebab perjalanan ambik masa lebih kurang dua jam. Tini plan pkul 7 dah gerak dari UPM. Rosie dah mengeluh sebab awal sangat tu nk gerak pkul 7. Hahaha... Tapi aku faham maksud Tini tu, cakap jer pukul 7 gerak, tapi confirm pukul 8 lebih jugak tu baru gerak.

Al-kisah di pagi hari......

Malam tu aku dengan ktorang tido kat bilik Rosie d UPM. Aku dengan Tini share katil, sebabnya kami boleh la dikategorikan sebagai kecik. So, boleh la share katil single tu. Rosie, Perez dan Jun tido kat bawah beralaskan toto. Pagi esoknya tu aku terjaga bila Tini bangun. Aku ambik handphone sebab naktengok dah pukul brape.

"Baru pkul 5.12, Tini," kataku sambil menggosok-gosok mata yang mengantuk.
"Aku nak cas handphone la," jawabnya Tini.

Rosie yang masih mamai terdengar perbualan kami, tapi tahan gelak sebab mengantuk. Nampak sangat la aku pun tak sanggup nak bangun awal macam tu... Hahaha

Lebih kurang pkul 6.30, ktorang bangun solat Subuh dan bersiap-siap. Tapi macam-macam la plak hal. Masa dah nak gerak tu, baru la teringat bateri kamera tak cas lagi. Kami rela tunggu cas bateri kamera dulu. Al-maklumla, nak pose punya pasal. Kalau nak tau, ktorang ni memang giler bergambar bila berjumpa. Hahaha...

Lebih kurang pukul 9 pagi ktorang pun bergerak ke Melaka. Dalam pukul 10.30 sampai la ke rumah Tini. Tini la orang yang paling bahagia sebab dapat jumpa suami tersayang. ekekeke =)

Pastu ktorang cari kedai makan dulu untuk breakfast bagi tambah tenaga nak jalan-jalan. Aduhai susah betul nak cari kedai makan kat Melaka hari Ahad sebab banyak kedai yang tutup. Kenyang isi perut, bermulalah perjalanan ktorang.

Jom, jenjalan Melaka
Rombongan Cik Kiah bergerak dari UPM
Pose jap =)  
Welcome to Melaka Bandaraya Bersejarah
Pose duluuuuuuuuuuuuu!!!!!
Bincang nak ke mana
Mulakan langkah dengan bismillahirrahmanirrahim
Muzium Samudera
Balai Seni Lukis Melaka
Kereta api Sungai Lukut
Tourist dari China mintak bergambar~mode rasa macam duta Malaysia
Depan Kota A Famosa
A Famosa bermaksud yang termasyhur dalam bahasa Portugis

Pose berselerak... Haha





Menghabiskan masa sambil tunggu hujan reda

Tapi haritu tak dapat nak jalan-jalan sangat sebab hujan lebat. Lebih kurang sejam lebih ktorang terperangkap dalam memorial kat Kota A Famosa tu. Petir pun kuat gak, Tu yang tak berani nak jalan tu. Bila hujan dah reda dan petir pun dah takde, Fakri, suami Tini datang. Dia jadi pemandu pelancong ktorang. Bawak ktorang g minum coconut shake di Klebang. Tempat tu famous dengan coconut shake. Thanks Tini dan Fakhri belanja ktorang coconut shake =)

Sedikit info tentang Melaka Bandaraya Bersejarah :  Melaka berhasrat menjadi Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.


BERCUTI TERAPI TEKANAN


Hari Konvokesyen UPM 2013



Pada 26 Oktober 2013, aku telah menghadiri majlis konvokesyen dua orang geng PCD. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya Rosie Jotin dan Junaidah Ahmad Kalana telah berjaya menghabiskan master mereka setelah hampir empat tahun memerah keringat dan tenaga. Alhamdulillah kerana semuanya telah berjalan lancar. Segala pengorbanan dan jerit perih mereka berbaloi-baloi akhirnya.Macam tagline produk komunikasi plak =)

Tahniah Rosie dan Jun (^___________^) I’m really proud for the both of you girls =)

Sehari sebelum majlis konvo bermula, Fatihah aka Tong dan Fairuz aka Perez datang umah aku. Dorang stay kat umah aku. Malam tu aku dan Perez bermalam kat ruang tamu, beralaskan tilam nipis. Tong plak tido dalam bilik dengan roomate aku, merangkap coursemate kitaorg. Semangat nak sambut dorang datang, aku dengan Rosie siap pegi beli tilam kat Giant The Mines minggu lepas. Terharu tak korang? Hahaha... Malam tu apalagi, pillow talk la aku dengan Perez. Macam-macam cerita, macam-macam gosip. Entah berapa kali cakap nak tido, tapi lepas tu sambung bercerita lagi. Teringat kenangan dulu-dulu masa kat UPM. Pillow talk memanjang ktorang. Kalau ada semua geng PCD, tak tido malam tu aku rasa. Akhirnya, lena sendiri sebab mata dah tak dapat bertahan… Kenangan oh kenangan.

Pada hari konvo, aku dengan Perez pegi ambik Tini kat KTM Serdang. Lepas ambik Tini, ktorang balik umah aku dan siap-siap untuk pegi breakfast dan langsung ke Dewan Besar UPM. Tapi, sesuatu yang tidak terduga berlaku selepas ktorang breakfast kat Maulana Foodcourt. Tetiba jer Tong rasa sakit perut, sejuk panas dan pening. Ah sudahhhhh... Aku, Perez dan Tini dah gelabah dah. Maunya tak gelabah, Tong dah tak larat nak berjalan, tak boleh nak bangun, mukanya pun pucat je. Tini dan Perez  pegi beli panadol manakala aku plak teman Tong. Sambil-sambil urut belakang dia, ada sorang pakcik tanya kenapa. Aku cakap la dia sakit. Ramai lagi rupanya Malaysian yang concern dengan orang sekeliling. I’m proud to be Malaysian… hahaha.. Tetiba je kan patriotik lebih. Owh ye, berbalik kepada cite Tong tadi. Korang jangan salah faham plak. Dia sakit tetiba tu bukan sebab makan kat Maulana tu. Sebenarnya dia period pain. Huhuhu… Tapi memang gelabah giler la time tu sebab aku pun tak pernah period pain macam tu. Memang pucat giler la muka dia. Dia cakap sejuk, tapi bila aku urut belakangnya, berpeluh. Pastu kami bawak dia ke Poliklinik Penawar. Lepas jumpa doktor, makan ubat, dia dah rasa lega sket. Alhamdulillah… Tapi bila kat Dewan Besar tu, memang dah takde rupa orang sakit dah… Hahahaha….Dia yang paling excited kot.

Sebelum ke Dewan Besar UPM, ktorang singgah beli bunga jap. Amboiiii, cantiknya bunga-bunga… Fresh flower plak tu. Ada gak la yang artificial. Pilih punya pilih, ktorang beli la dua jambak bunga, satu untuk Jun dan satu untuk Rosie. Dah siap beli bunga, ktorang pusing-pusing cari parking. Susah bebenor nak cari parking, fulllllll…. At last, jumpa gak tapi kena jalan jauh sket la. Elok je ktorang sampai, Jun dan Rosie dah keluar dewan. Nak jumpa dorang pun satu hal gak sebabnya tak dapat nak hubungi mereka. Call tak dapat, call tak dapat. Susah betul nak masuk line. Tapi akhirnya, jumpa jugak. Bila dah jumpa macam-macam aksi macam-macam ragam la. Hihihi

Panjang plak entry kali ni… Maklum la, excited… Hihihi

Layankan ragam ktorang semasa Hari Konvokesyen UPM 2013


















Kejarlah ilmu walau ke negeri China